NOVEL RENYAH
BAB 1
Datuk Dolhi bingung, sedih dan
menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk
menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang
isteri iaitu Datik Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan.
Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin
dan mempunyai anak. Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang
guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan
peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula
seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk
Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang
anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarganya.
BAB
2
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan
berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed
yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup
Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya segar
dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk.
Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu Datin Tominah
berborak melalui telefon dengan rakan-rakanya yang terdiri daripada
datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang
keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan
Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan
perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.
BAB
3
Suasana agak sibuk di Wisma Datuk
Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di
Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan
pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu
agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada
waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini
Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk
Dolhi imbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan.
Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik
Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon
untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengahari
Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan
pembacaannya.
BAB 4
Datuk Dolhi memberi ceramah kepada
para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah
mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana
anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan
barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa
dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang
dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun
begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan
isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar.
Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di
ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib
di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.
BAB
5
Dani dan Ilham berbincang tentang
lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani.Ilham menegur lirik lagu Dani yang
dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil
puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan
maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri
iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni
hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang
membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain.
Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik
gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan
orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam
sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja
di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani.
Dani tidak mahu campurtangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan
dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera
memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.
BAB
6
Pagi minggu Hasnol datang ke rumah
Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu
yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya
iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan
sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi
memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika
adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam
duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas
mengatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad
berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi
Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin
Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert
yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya.
Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah
menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan
Datuk Dolhi. Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak
faham tetapi hanya diam.
BAB
7
Datuk Dolhi menerima faks yang
dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan
mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan
Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada
pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang
tidak seperti Wahi. Dia teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus
bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula
kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi
meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun
dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti
Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap
Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam
kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan
Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis
memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.
BAB
8
Kepulangan Datuk Dolhi disambut
dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia telah dipilih sebagai
pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak
teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera
tidak berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja.
Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak
berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga.
Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah
kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah
ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan
biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran
kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan
Mukhlis iaitu Saiful Bahari (yang membawa kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar
Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang
penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka tidak
bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk Dolhi
dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya. Mereka
terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa ekonomi. Jika
hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu
meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk
Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz
mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk
gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk
berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan
ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis
anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri
Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan terima kasih kepada
kedua-dua ibu bapanya.
BAB
9
Amera mendapat penggilan telefon
mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat
ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang
yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang
menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang
menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi
andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem
pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah.
Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem.
Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa
Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab
itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah
sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol
telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon
selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.
BAB
10
Berita pernikahan Mukhlis melalui
kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba
berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin
dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap
berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu
majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau
perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat
daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang
masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan
tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham
dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelifon dari Kucing memberitahu dia
ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert
menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak
memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak
muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika
melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin
bercakap-cakap dengan Wahi.
BAB
11
Memandangkan masalah yang timbul
disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada.
Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah
yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin
bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan
fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam
penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin
dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi
malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh
kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah Datuk
Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki
sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul
kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga orang anak. Dia rasa
bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis
bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima
ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya.
Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan
baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan
masalah kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan
bekerja di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.
BAB
12
Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu
dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang
itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam
itu. YB mempunyai seorang anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah
meninggal. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan
kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock
Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul
Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran
nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi
Dani penyanyi rock tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita
dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa
cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang
kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.
BAB
13
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba
di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya
disambut oleh Wahid dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat
penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa
buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo
Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia pertama kali
ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya
bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi. Dia tertanya-tanya
apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang
minum di restoran cina Datul Dolhi memberiyahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya.
Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk
Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan
menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya
Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia
memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi
sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti.
BAB
14
Hasnol mengadakan pertemuan sulit
dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut
akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan
tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya
hasnol membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya
Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya
merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti.
Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi
orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham
terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila
pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah
Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah
yang sebanyak sepuluh ribu. Datuk Tominah terkejut.
BAB
15
Albert berbincang-bincang bersama-sama
ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi
Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya
ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu.
Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak
Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang
mengambilalih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat.
Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelifon Amera
untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah.
Robert kecewa.
BAB
16
Datuk Dolhi menyatakan hasratnya
untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan
anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak
Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa
dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk
Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman
Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa
penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura (ibu Wahi).
Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.
BAB
17
Ilham gagal ditangkap oleh pihak
berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis
tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi
dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi.
Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit
sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk
Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi
hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya
rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk
Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi
memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar
daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang.
Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang
dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat
tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi
renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi
menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin
Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik
semula dengan ayahnya.
BAB
18
Kehadiran rombongan daripada timbalan
menteri menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri
berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang
bertemu semula dengan rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar
dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak
terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan
bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan
Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat
tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni.
Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi
tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga
pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan
air mata.
BAB
19
Hasnol memaklumkan kepada Datin
Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir
menelifon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender
yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan
Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan
menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat
Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk
Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabatpun
ditutup. Amera menelifon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia
tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol
menelifon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia
terserempak dengan Ilham di London.
BAB
20
Dani yang akan membuat persembahan
pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur
bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan
tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi
demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan
Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya
menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan
Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan
Young Rock Bank menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk
membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.
BAB
21
Ilham mendalangi tunjuk perasaan di
London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan
Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang
pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila
diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia
maklum akan kehebatan Wahi.
BAB
22
Wahi akan pulang bersama-sama
isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga
siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat
serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi. Datin Tominah,
Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi
menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.
BAB
23
Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke
wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya
selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam
mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan
menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang
tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat
mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.
BAB
24
Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di
bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk
mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang
anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan
sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi
menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharap agar segala kesilapan akan
memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.
No comments:
Post a Comment