BAB 1: Takut
Ketika
rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani
diburu rasatakut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari
perpustakaan. Padanya, dia bukanbertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya
"meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidakmampu untuk
membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya
mencuri,sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan
keluarga pak long yangmemeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya. Diasemakin takut apabila pengetua mahu
menemuinya.
BAB 2: Siapa Mereka?
Di bilik
pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran,
Syafinaz dan SyarifahRozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku
Murni, seorang remaja yang meninggal duniadalam suatu kemalangan empat bulan
lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa diaberkunjung ke rumah
Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras
wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga
kaya danmenyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama
kembar. Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya
telah meninggal dunia. Diamenuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku
Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untukmengambil Azfa Hanani menggantikan
Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hananiagak risau untuk
menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun
begitu,dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya.
BAB 3: Kerana Terdesak
Tengku
Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di
rumah paklong untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad
menjadi orang tengah dalamperbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan
kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni.Menurut Tengku Mazran, apabila
ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah TengkuMurni.
Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program
pertukaran pelajar diJepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu
ibunya menghadapi tekanan jiwa.
TengkuMazran
meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala
Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat
"Tengku Murni", kos perubatan anak paklongnya, Zuraini yang hampir
lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal
diSekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di
perpustakaan. Selain itu,bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan
persekolahannya kerana kesempitan hidup.Setelah memikirkan masalah dirinya dan
penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerimatawaran Tengku Mazran.
BAB 4: Seawal Kehadiran
Di Hotel
Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur,
makan dan bergauldengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan,
dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketikahayatnya dahulu. Tengku Mazran dan
Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffaryang mengungkapkan
kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik
itu.Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke
sini, bahawa bukan dia yang dituduhmencuri buku, sebaliknya yang mencari
beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjagadaripada
tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh
Tengku Mazrandan Syafinaz.
BAB 5: Sebagai Murid Baharu
Azfa Hanani
dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan
dengansaudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan
dengan rakan-rakan TengkuMurni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain musuh
Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor.
Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan,kad
ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.
BAB 6:
Imbalan Budi
Sekembalinya
Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan
bersama-samadengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu
dan garpu. Azfa Hananibertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu
kepada Kak Finaz. Kak Finaz menyatakanmungkin dompet itu telah diambil orang.
Azfa Hanani bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finazmeyakinkannya bahawa mayat
yang dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, AzfaHanani
menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi
Tengku Murni.Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia
akan membayar RM500 sebulankepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar
sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak menyangkabudinya akan dibalas dengan
wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu paklong di
kampung.
BAB 7: Kerenah Laili
Azfa Hanani
ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi
membincangkanprojek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria,
kejohanan sukan terbuka, dan pameran.Pada tahun lalu program tersebut telah
berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuashati dan
mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak
berpuas hati keranatidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih.
Laili turut mempertikaikan kejujuran dankeikhlasan jawatankuasa yang terlibat.
Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawaagihan slot dibuat
melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut
danseharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.
BAB 8: Tertanya-tanya
Azfa Hanani
tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya
menjadikelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran
menjual burger berhampirandengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan
kesusahan hidupnya. Di perpustakaan,Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa
Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih keranasuaranya sesuai. Azfa
Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II,
jadi diamenganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik
kerana menyedari niat merekatidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka
begitu marah.
BAB 9: Ekran
Azfa Hanani
mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia
pergi keInstitut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma
beralasan untuk keluar rumah. Hasrathatinya adalah untuk menemui Ekran.
Ketika
berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnyapulang dengan menaiki
motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa
Hananiberpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran
menjelaskan minatnya untuk menjadiakauntan.
BAB 10: Meluah Rasa
Azfa Hanani
meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku
Murni.Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia
bukan anak manja TengkuDatuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar
sebagai Tengku Murni untuk memenuhijanjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz.
Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahukeciciran dalam pelajaran.
Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazrandan
Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang
lumpuh.
BAB 11: Bukan Dirancang
Azfa Hanani
tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke
rumah keranapasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan
sesi perbincangan dan latihan.Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat
Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. AzfaHanani berasa bersalah kerana
berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hananiagar
memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti
"abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan
menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina,
rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta AzfaHanani menggantikan
tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara diamengendalikan
mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli
pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai
pengerusi, mereka memutuskanbahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum
Remaja.
BAB 12: Melulu
Pertandingan
Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung
sebentar lagi.Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal
skrip. Azfa Hanani mendapat khabargerai burger Ekran telah dibakar orang
menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkanpenjelasan
daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang
tidak berpuashati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat
Sumbangsih. Kata-kata menghina yangdiucapkan Laili telah menggetarkan perasaan
Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan ForumRemaja.
BAB 13: Hadiah Bererti
Pasukan yang
disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi
johandan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang
memuji suara Azfa Hananiamat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen.
Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlisulang tahun yang ke-17 untuk
Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai TengkuMurni,
tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran
datang lewat danhanya menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani
meluahkan perasaan rindunyaterhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang
Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawaAzfa Hanani pulang bertemu dengan
keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefonbimbitnya kepada
Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.
BAB 14: Misteri Yang Tersimpan
Azfa Hanani
memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk
menghubungirakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan
rakan-rakan sekampungnya,Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani
bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasangtalian telefon di rumah pak long.
Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yangbaharu. Azfa
Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila
mendapatihadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya
terdapat sejumlah wang, beberapakeping kad, dan sehelai kertas catatan.
BAB 15: Kunjungan Mengejut
Azfa Hanani
menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan
Zurainidaripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk
membawa Azfa Hanani pulang kekampung semasa cuti semester pertama nanti.
Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di InstitutLingua Franca, Azfa Hanani
terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah.
KerinduanAzfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan
Zuraini. Menurut Zuraini, TengkuDatuk Makmur seakan-akan sudah mengenali
keluarga mereka sebelum ini.
BAB 16: Hari Sumbangsih
Hari ini
berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari
Sumbangsihpada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan
pelajar tingkatan lima sibukmengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada
khabar angin yang mengatakan bahawa MalamBakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh
pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambilkesempatan untuk berjumpa
dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk
berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya.
Akhirnya
Ekran membuat pengakuan yangmengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan
istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan ituterpaksa diputuskan atas
sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku
Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.
BAB 17: Terusir
Azfa Hanani
masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.
Azfa Hananimembuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni
dengan Ekran terputus. Denganmenggunakan teknik yang tertentu, Azfa Hanani
berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diariTengku Murni. Azfa Hanani
lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian.Tengku
Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang
terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa
dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga
nama baik keluarga disebabkan Ekran daripadakeluarga miskin. Azfa Hanani berasa
terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hananitidak berpuas
hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula.
Akhirnyaberlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin
Maziah. Datin Maziah amat marahapabila mendapati Azfa Hanani selama ini
menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar,kemudian dihalau keluar
dari rumah itu.
BAB 18: Hakikat
Azfa Hanani
mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar meletakkan Azfa Hanani di
rumahTengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak
longnya di Kampung Merpati.Namun, pak long dan mak longnya masih belum
mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusirkeluar dari rumah Datin
Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk
DatinMaziah untuk menerima Azfa Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah
membuat keputusan untuk terustinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila
keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya dikampung.
Akhirnya
terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah
yangtelah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga
mengakibatkan kematian ibu danbapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati
apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayimenangis kelaparan lalu
menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejakiAzfa
Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang
kebetulan berkunjung kerumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini
yang mendapatkan rawatan di Indonesia.
BAB 19: Segala-galanya Berakhir
Azfa Hanani
kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia
mahu dikenalidengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku
Muzaffar pula semakin mendekatkandiri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih
telah berjaya mengumpul sebanyak RM16,655.00. Syafikahdan Fauzana bersikap baik
terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan
jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng
motosikal tersebuttelah cedera parah dan kini di wad ICU.
Pasukan yang
menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani
telah diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani
menaiki teksi ke rumah Ekran.Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku
Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai.Akhirnya Azfa Hanani
mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar
gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah.
Ayah danibuny bekerja sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang
kini sedang melanjutkan pelajarandi peringkat doktor falsafah di Amerika
Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinyamenuntut di
sebuah sekolah asrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.
No comments:
Post a Comment