BAB 1
Amira Amir dan rakannya, Jacinta menghabiskan cuti
mereka dengan menyertai ibu Amira, iaitu Profesor Zaidah yang sedang
menjalankan kajian arkeologi bersama-sama dengan pelajar tahun akhir di Bukit
Mat Raya. Mereka ke sana dengan menaiki kereta api. Di dalam kereta api itu,
Amira terpandang seorang pemuda berkulit agak gelap dan seorang tua yang
berkulit putih. Dalam perjalanan, Amira membuka e-mel dan mengemaskinikan laman
web ibunya supaya maklumat yang diperoleh ibunya itu dapat dikongsi
bersama-sama dengan rakan-rakan ibunya di luar negara. Di dalam kereta api
yang sama, Malique meluahkan rasa terkilannya kerana terpaksa mengikut kehendak
ibunya agar mengikut lelaki tua yang dikenali dengan nama John O'Hara. Hatinya
tertanya-tanya akan hubungan ibunya dengan O'Hara, tetapi mulutnya seakan-akan
terkunci. Hari ini merupakan kali pertama dia meninggalkan ibunya. Di
dalam hutan di Bukit Mat Raya, Profesor Zaidah meneruskan kajiannya. Sudah
hampir 25 tahun dia mengamalkan disiplin ilmu tersebut. Hujan turun menyebabkan
tali khemah terputus. Dr. Zawawi menyimpulkan bahawa tali tersebut putus akibat
perbuatan khianat. Sebanyak 12 tapak cari gali telah diusahakan dan setiap
tapak diuruskan oleh tiga orang pelajar. Profesor Zaidah menyembunyikan
daripada pelajarnya tentang masalah yang bakal berlaku.
BAB 2
Amira dan
Jacinta tiba di Stesen Dahan Hijau dan menanti ketibaan Pak Lias untuk membawa
mereka ke tapak cari gali. Setelah lama menanti, akhirnya Pak Lias tiba. Amira
dan Jacinta bersarapan nasi goreng yang disediakan oleh Pak Lias. Ketika kereta
bergerak, sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong mereka. Amira ternampak
lelaki yang dilihatnya dalam kereta api tadi. Hatinya tertanya-tanya tujuan
lelaki itu. Pemuda tersebut, iaitu Malique juga tertanya-tanya tentang
Amira, gadis yang dilihatnya menggunakan komputer riba di dalam kereta api.
Roslan, pemandu kenderaan tersebut memberitahu tentang pemandu kereta yang
membawa Amira. John O'Hara menganggap pelajar-pelajar universiti yang sedang
menjalankan kajian arkeologi telah mengganggu rancangan yang telah diaturnya.
Roslan menafikan mereka mengganggu kerana Profesor Zaidah dan anak buahnya
melakukan kajian di sebelah matahari naik, sedangkan mereka di sebelah matahari
jatuh. Seterusnya, Roslan berhati-hati ketika mendaki Bukit Kerengga yang
curam.
BAB 3
Malam itu,
di Desa Karpus, Amira dan Jacinta berbaring di dalam khemah untuk menghilangkan
keletihan. Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi serangga malam. Amira menegur
sikap Jacinta yang selama ini tinggal di asrama tanpa mahu pulang menemui
ayahnya. Untuk kali ini, ayahnya telah membelikannya tiket ke London untuk
memujuknya agar menerima ibu baharunya. Amira mengharapkan Jacinta berfikir
secara mendalam akan tindakannya yang negatif terhadap ayah kandung sendiri.
Perbualan mereka telah ditegur oleh Profesor Zaidah. Profeseor Zaidah mahu
Amira dan Jacinta tidur awal. Dia menasihati Jacinta agar bersabar atas sikap
ayah Jacinta yang berkahwin baharu. Dia akan menelefon ayah Jacinta untuk
memaklumkan bahawa anaknya sedang bercuti bersama-sama dengannya yang sedang
membuat kerja lapangan di dalam hutan. Setelah itu, Profesor Zaidah
mengingatkan Amira dan Jacinta agar ke tapak 10 untuk kerja penyelidikan.
BAB 4
Amira ke air
terjun untuk membersihkan dirinya. Amira berjumpa dengan Malique yang turut ke
sana. Mereka berkenalan. Amira ingin mengetahui tujuan Malique berada di situ.
Jacinta telah sampai sewaktu mereka bercakap . Malique berasa
seperti hutan itu mempunyai talian
dengannya. Malique pulang ke kemnya selepas memberi alamat e-mel kepada
Amira untuk berhubung. Amira dan Jacinta ke dapur untuk menjamu hidangan .
Jacinta mempunyai kegemaran yang sama dengan Dr.Zawawi . Mereka bergurau
sambil menikmati hidangan . Topik perbualan berubah apabila
yang mengawal khemah menceritakan terdengar bunyi tapak kaki dan
terbau asap rokok keretek. Dr. Zawawi dapat
menyakinkan pelajar-pelajar bahawa kawasan itu selamat dengan
memberikan alasan yang rasional kepada pelajar. Rasidi secara tiba-tiba
menimbulkan persoalan mengenai penyatan Prof. Zaidah yang
menyatakan bahawa kejadian tali terputus itu memang sudah dijangkakan
. Profesor memberitahu situasi sebenar dan persaingan yang mereka hadapi
. Mereka mengesyaki O'Hara untuk kejadian tersebut. Amirahendak berhubung
dengan Malique untuk men dapatkan cerita sebenar.
BAB 5
Amira
menunggu Malique di air terjun pada keesokan hari . Jacinta telah datang
mencari Amira yang sudah lama berada di situ . Mereka berdua berjalan di
air terjun mengikut arus sungai sambil berbual mengenai Malique dan
O'Hara serta situasi yang dia hadapi . Amira terhuyung-hayang kerana
air terlalu deras dan dia dibawa oleh arus itu . Jacinta hanya dapat
melihat. Apabila Amira membuka matanya, dia terlihat dua bayangan oranag
Asli, iaitu Itai seorang pemuda dan Tau pak ciknya . Pemuda itulah
yang telah menyelamatkan Amira . Dia memberikan Amira sedikit ikan bakar
supaya dia mendapat tenaga untuk berjalan. Mereka menunggu kedatangan
Jacinta, tetapi apabila telah lama menunggu mereka bertolak ke Desa Karpus
.
BAB 6
Amira rasa
bersalah apabila mendapat tahu keadaan Jacinta yang sangat lemah. Amira
juga takut berjumpa dengan ibunya yang agak marah terhadap tindakan
anaknya yang membahayakan nyawa dia dan rakannya. Dia bersama-sama
Jacinta yang masih belum sedar. Pelajar -pelajar yang turut serta
dalam ekspedisi mencari Jacinta telah memuji kehebatan Tau dan Itai dalam
menjejak orang . Amira ke khemah ibunya. Ibunya memarahi Amira kerana
membuat sesuatu yang amat berbahaya. Amira meminta maaf dan berjanji tidak
akan mengulangi perbuatan itu sekali lagi .
BAB 7
Malique ke
Pulau Pinang mengikuti O'Hara . Dia dapat merasakan perhubungan yang erat
dengan hutan itu . Dia rasa bertanggunjawab menyelamatkan hutan
itu . Semasa balik dari Penang, O'Hara dan Malique bersembang untuk
membuang rasa bosan . O'Hara menceritakan perjalanan hidupnya yang
begitu susah. Malique cuba mencungkil rahsia hubungan ibunya dengan O'Hara
. O'Hara tidak menjawab malah berdiam diri buat seketika dan
telah menukar topik perbualan . Prof. Zaidah menaiki pacuan empat
roda yang dipandu Pak Lias ke stesen kereta api. Mereka hendak ke sana
mengambil generator. Secara tiba-tiba kenderaan yang dipandu hilang
kawalan. Pak Lias cuba mengawal tetapi usahanya tidak berbuah .
Mereka menghimpit ke tebing di sebelah kiri untuk menyelamatkan diri daripada
terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan .
BAB 8
Tau
meluahkan kerisauannya terhadap hutan yang sedang diteroka tanpa
batasan. Dia risaukan masa depan kampung halamannya . Dia bercakap
dengan abangnya Ludin mengenai perkara ini. Ludin turut melahirkan
rasa simpatinya terhadap Tau yang melalui banyak keperitan dan masih
berusaha menjaga hutan ini. Tau juga memulaukan dirinya daripada orang
awam. Tau dengan bangganya bercakap tentang Itai yang telah berguru dengannya.
Itai telah menjadi seorang yang telah mempelajari segala ilmu
perhutanan yang diwariskan kepada Tau. Itai diserahkan kepada Ludin.
Jacinta telah sedar tetapi kelihatan pucat dan letih. Amira menyuruh Jc
berehat dan mendapatkan Jc makanan. Itai datang melawat Jc dan dia diperkenalkan
kepada Jc. Mereka memberikan penjelasan secara dalam kepada Itai mengenai
projek cari gali ini dan kebaikannya dalam menyelamatkan hutan ini .
BAB 9
Amira
terkejut mendapat berita kemalangan ibunya. Dr. Zawawi risau projek ini akan
tergendala . Prof Zaidah hanya dapat bersyukur kerana mereka tidak terbabas ke
dalam gaung. Prof meminta maaf kepada Amira kerana terlalu sibuk dengan
kerjanya. Dr. Zawawi bercadang untuk menangguhkan projek ini tetapi
profesor membantah cadangan itu kerana kesuntukan masa yang
mereka hadapi. Dr. Zawawi risau akan keselamatan mereka. Rusdi
ingin mengetahui rahsia di sebalik misteri waktu malam supaya penghuni
Desa Karpus dapat menjalankan kerja dengan lebih bersemangat. Ayah Ludin
telah datang ke sana untuk menolong Prof mengubati lukanya .
BAB 10
Malique dan
O'Hara telah tiba di stesen kereta api. Mereka menanti Roslan datang mengambil
mereka. Malique teringatkan perbualannya dengan Roslan ketika dia dihantar
ke stesen kereta api . Malique telah mendapat notebook untuk
memulakan kerjanya . Roslan agak lewat kerana pekerja baru
telah minum dan bergaduh . Ah Chin tidak menjaga pekerjanya dan pergi
berburu. Roslan menyampaikan berita penghuni Desa Karpus yang heboh kerana
seorang telah hanyut dan seorang lagi sesat. Malique dapat mengagak
bahawa budak yang dihanyutkan arus itu ialah Amira. Malique meminta Roslan
membawanya ke Desa Karpus . Tangan Prof sudah menjadi lebih baik.
Itai sangat gembira dapat mengunakan komputer riba Amira. Itai ingin mencari
maklumat tentang ayurvedic dan perubatan tradisional dalam ensiklopedia.
BAB 11
Tau melihat
Desa Karpus dari jauh. Dia memikirkan rutinnya yang akan melawat tempat ini
setiap hari tetapi kini tidak boleh lagi kerana telah dipasang lampu . Dia
telah berkahwin dengan Ipah menggantikan tempat abangnya supaya Ludin dapat
menjadi ketua kampung . Mereka mempunyai dua anak . Tau teringatkan masa
silamnya dengan Ipah. Dia juga mengesyaki Johnny sudah kembali ke sana
. Johnny telah merampas semuanya daripada dia dan meninggalkannya. Ah Chin
dimarahi oleh sebab tidak menjalankan tugasnya. Roslan risau dia akan
diapa-apakan oleh pekerja baru itu kerana melaporkan kepada O'Hara . Malique
mengajak Roslan ke bandar selepas selesai bekerja di sini Malique mula
berfikir tentang Amira yang ingin berjumpa dengannya. Mereka hendak
ke sana pada keesokan hari untuk melawat Amira dan bertanya tujuan
Amira hendak berjumpa dengannya.
BAB 12
Ikatan buluh
di tangan Profesor dibuka dan dia dapat bekerja seperti biasa.
Prof. menjelaskan kepada Ludin perkara yang menyebabkan mereka lebih
bersemangat . Penemuan tulang itu dapat menyelamatkan hutan itu. Itai secara
tiba-tiba bertanya kepada Jacinta adakah dia tidak bercuti bersama
keluarganya ? Jc cuba mengelak daripada bercakap dengan Itai .
Itai bercadang untuk menghadiahkan emas kepada Jc supaya dapat
menjadikan dia gembira dan ramah seperti biasa. Prof Zaidah pula cuba
menerangkan kepada Ludin betapa berharganya tulang-tulang itu dan proses
mencari gali itu serta macam mana tulang-tulang itu dapat berada di sana .
Malique pula datang berjumpa dengan Amira untuk bertanya khabar. Dia sempat
bersalaman dengan Prof.
BAB 13
Amira
mengikut Itai untuk mengutip emas yang dikatakan Itai. Itai pula menceritakan
misteri di kampungnya itu yang bagai berpenunggu. Amira meluahkan
kesanggupannya untuk berhadapan dengan apa-apa sahaja untuk mendapatkan emas
itu buat Jc. Itai menunjukkan dasar sungai yang dipenuhi emas itu namun
Itai hanya membenarkan Amira mengambil hanya satu untuk Jacinta. Sewaktu dalam perjalanan
pulang secara tiba-tiba Itai menarik tangan Amira. Wajah Itai pucat dan
keadaan menjadi sunyi sepi. Mereka dapat melihat dua lembaga , seorang
dengan tangannya yang terikat dan tubuh yang lain berbulu dari pinggang hingga
ke leher. Lembaga itu telah memukul orang yang tangannya terikat itu selain
memaki orang itu kerana tidak mengendahkan amarannya. Itai cuba melepaskan diri
dari tempat itu. Dia menyentap tangan Amira dan lari ke rumah Tau .
Tiba-tiba muncul satu lembaga lalu menyergah mereka. Itai telah bersedia dengan
parangnya dan Amira sempat menjerit lalu rebah.
BAB 14
Malique baru
bangun tidur dan keadaan kem bagai ada sesuatu yang tidak kena. Ah Chin
telah membawa Roslan masuk ke dalam hutan untuk mencari pekerja yang telah
hilang. O'Hara marah kepada pekerja kerana operasi menggerudi akan menjadi
lambat disebabkan perkara ini. Malique datang berjumpa dengan Amira. Amira
menyatakan tujuan sebenar dia menunggu Malique dan bukannya untuk perkara lain.
Mereka bercakap mengenai O'Hara dan kemungkinan hubungan dia dengan Malique.
Malique pergi ke khemah O'Hara dan dia dinasihati agar tidak melibatkan
diri dalam urusan mencari pekerja yang hilang. O'Hara berpuas hati dengan cara
Malique menyediakan laporan itu. O'Hara cuba memujuk Malique bahawa suatu
hari nanti pasti hutan ini akan musnah. O'Hara juga berjanji akan mendedahkan
rahsia hubungan mereka sebelum mereka keluar dari hutan itu. Malique mengikuti
Roslan ke hutan untuk mencari pekerja yang hilang. Kenderaan yang mereka naiki
tersekat dalam lumpur. Roslan keluar dari kereta untuk menarik perhatian
kenderaan yang di hadapan. Malique cuba menghidupkan enjin namun gagal
untuk menggerakkannya. Secara tiba-tiba terasa seperti ditolak dari
sebelah kanan. Apabila menoleh ke belakang, dia dapat melihat aliran lumpur
bersama-sama dengan ranting kayu dan dahan-dahan menyerbu bagai air
terjun dan menolak kereta itu menuju ke gaung.
BAB 15
Amira ke
perkampungan Itai kerana sudah dua hari dia tidak datang ke Desa Karpus. Dia
berjanji pada dirinya yang dia tidak akan membocorkan rahsia itu. Dia juga
berasa Itai nampak sesuatu yang dia tidak nampak apabila matanya ditutup. Tau
yang telah datang menolong mereka bagaikan menyembunyikan sesuatu. Tau
bagaikan tidak mengetahui apa-apa dan bertanyakan apa yang terjadi sehinggakan
mereka berlari begitu. Apabila Ludin datang ke Desa Karpus, dia disambut
dengan pertanyaan: Dimanakah Itai ? Ludin pula hendak bercakap
secara berseorangan dengan Amira. Apabila Amira sampai ke perkampungan, dia
disambut baik oleh isteri Ludin dan Tau. Itai terbaring bagai tidak bermaya di
atas katil . Amira tidak lagi dapat menyembunyikan apa yang mereka ambil,
Amira dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka bercakap . Ludin cuba
membela Amira dan Itai. Tau juga mempertahankan keputusan Itai. Jc dapat
mendengar suatu suara yang mempertikaikan tindakan Itai dan Mira yang
mungkin menggadai perkampungan ini. Amira lebih rela menghampakan Jc daripada
menyebabkan masalah dalam perkampungan itu. Tau tidak dibenarkan bersuara
kerana dia sudah membuang haknya . Jc meminjamkan komputer riba yang
dibawanya kepada Itai yang bosan berkurung dalam bilik itu .
BAB 16
Kawasan
khemah agak lembab disebabkan hujan dan kerja cari gali terbatas.
Semua orang kembali bekerja apabila matahari mula terik. Amira memanggil
Jc dan memberitahu ada sesuatu di situ. Mereka tidak sabar mahu melihat
penemuan itu. Amira memanggil ibunya untuk menolong mereka dan memberi
tunjuk ajar. Rusdi disuruh untuk mengambil alih tempat itu disebabklan dia
lebih berpengalaman. Penemuan ini merupakan yang paling sempurna setakat
ini, iaitu sebuah tembikar. Amira bangga dengan penemuannya namun
berasa penemuan tulang karpus merupakan lebih penting dan bermakna. Itai dan
Tau datang ke Desa Karpus. Tau hendak berjumpa dengan professor. Tau
menyatakan keputusannya untuk membantu penghuni Desa Karpus demi menyelamatkan
hutan itu. Prof bertanyakan cara Tau hendak menolong mereka. Tau
mengaku dialah yang menjaga kawasan itu setiap malam. Tau ingin
menunjukkan sesuatu kepada mereka. Dr. Zawawi, Rusdi, Jc dan Amira akan
mengikuti Tau. Pak Lias datang bersama Roslan yang membawa berita kehilangan
Malique yang terjatuh ke dalam gaung. Roslan datang meminta tolong Itai dan Tau
yang mencari Jc dan Amira. Amira berjanji akan membantu mereka selepas mereka
kembali dari ekspedisi ini.
BAB 17
Malique
tidak berdaya untuk bergerak, kaki kanannya dibaluti dengan buluh.
Dia tidak tahu siapa yang mengubatinya dan memberikan dia makanan. Malique
menyambung untuk menyediakan laporan dan dia juga teringat akan kawannya
Roslan. Dia teringat akan ibunya di Melaka dan cerita ibunya mengenai ayahnya
yang meninggal awal. Baru-baru ini dia bermimpikan suatu haiwan cuba
mencederakannya tetapi sebuah lembaga datang membantunya. Dia hanya dapat
menunggu bantuan dari luar datang mencarinya .
BAB 18
Mereka
akhirnya sampai ke pergunungan batu kapur itu . Jc meminta pertolongan Tau
untuk mencari Malique. Itai tetap dengan pendiriannya untuk melihat apa yang
Tau hendak tunjukkan. Tau memperkenalkan Gunung Gua Gajah itu. Mereka
mengikuti Tau untuk masuk ke dalam gua itu. Mereka menjadikan tumbuhan renek
dan akar-akarnya sebagai tangga. Gua ini hanya didatangi
orang asli untuk mengambil najis kelawar. Terdapat lukisan
menggunakan arang pada dinding gua tersebut . Mereka mencari bukti lain selain
daripada coretan itu. Dr. Zawawi mengambil video. Amira terlihat sesuatu
yang bersinar dan mendapatkannya iaitu mobile disk . Rusdi berjaga
menjumpai kapak batu zaman neolitik. Tau menanti mereka di bawah dengan
madu lebah.
BAB 19
Penemuan itu
telah menggembirakan penghuni Desa Karpus. Amira memanggil Jc dan Itai ke
khemah mereka. Amira menunjukan mobile disk yang dijumpainya. Malique selalu
menggantung disk itu di lehernya. Amira harap disk itu oleh digunakan
dan dapat membantu mereka mencari Malique. Disk itu dilindungi password.
Itai tidak berhenti mencuba membuka disk itu. Mereka akhirnya mencuba
perkataan aurum, iaitu nama saintifik emas dan berjaya membuka
disk itu. Terdapat beberapa laporan dalam disk itu.
BAB 20
O'Hara tidak
pasti apa yang harus dibuatnya dan bagaimana hendak menjawab kepada
Jennifer. Jennifer dalam perjalanan datang ke Desa Karpus. O'Hara teringat akan
perjanjian yang dibuatnya dengan Jennifer untuk menjaga Malique. Jennifer telah
datang dan dia diperkenalkan kepada pekerja-pekerja kem. Jennifer cuba
menenangkan dirinya. Amira masih tidak dapat berbuat apa-apa selagi dia tidak
menyelamatkan Malique dan berharap Tau akan membantu mereka. Tau
bermimpikan kehidupannya dengan Ipah dan Sabi. Apabila terjaga dia terus ke
pondok kecil itu. Malique terkejut apabila melihat makhluk berbulu lebat
itu. Makhluk itu cuba meyakinkannya bahawa dia merupakan ayah Malique.
Parut di rusuknya itu menjadi bukti.
BAB 21
Pak Cik
Roslan dan Pak Lias turut menyertai mereka untuk mencari Malique dengan
diketuai oleh Itai. Mereka gembira kerana ada yang sudi memberikan bantuan
kepada mereka. Roslan menawarkan dirinya untuk berpatah balik dan membawakan
lampu suluh serta tali. Setelah sampai di kaki bukit, mereka
berehat dahulu. Roslan sampai ke kaki bukit dengan keretanya membawa
O'Hara dan ibu Malique bersama-sama. Jacinta, O'Hara dan Jennifer (ibu Malique)
menunggu di kaki bukit sementara yang lain naik ke gua itu. Makhluk
berbulu itu berharap Malique tidak akan tertidur dan tidak terjaga
sehingga manusia yang berada di kaki bukit itu pulang. Lembaga itu
bagaikan mengenali ibu Malique namun tidak dapat mengingatkan kembali secara
terperinci. Jennifer cuba mengelak soalan Jc mengenai hubungannya dengan
hutan itu .
BAB 22
Ridley yang
dalam perjalanan pulang ke Australia tidak dapat meneruskan perjalanan dan
terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. Sayap pesawat itu telah patah
merempuh pokok-pokok dan terbenam ke dalam tanah. Api merebak di bahagian
enjin. Samantha dicampak melalui tingkap sejerus kemudian kapal itu telah
meletup. Jidin sedang berburu seberapa banyak yang mungkin. Jidin teringat
akan kata-kata moyang yang semua pokok mempunyai semangat dan haknya yang
tersendiri. Ludin dan Tau mengikuti langkah ayahnya. Tiba-tiba kedengaran
bunyi letupan dan apabila sampai di kawasan kejadian satu bayi yang
bermata biru kelihatan . Penduduk kampung itu menolak kehadiran Samantha.
BAB 23
Mereka telah
mula mencari dalam gua namun tidak mendapat sebarang petunjuk. Kesan tapak kaki
mereka pun tidak terusik daripada mereka datang. Itai telah menceritakan
kisah hidupnya yang kehilangan abangnya. Keinginannya untuk berjumpa dengan
abangnya masih tidak berubah walaupun sudah lama. Itai menjumpai kesan
tapak kaki manusia dan memanggil semua untuk datang melihat dengan nada
yangkuat. Semua kelawar takut dan mula berterbangan dan kejadian itu
telah melahirkan rasa bimbang terhadap mereka yang berada di dalam gua. Jc
ingin naik ke atas bagi melihat situasi di atas namun dia dihalang daripada
pergi ke atas kerana akan menyusahkan mereka yang di atas dan menyesakkan.
Kesan tapak kaki itu menunjukkan ke arah aliran air itu . Mereka masuk ke dalam
lubang itu dan mendapati lubang itu agak besar. Mereka sampai ke
penghujungnya di mana mereka sampai ke puncak gunung. Itai memberitahu ada
orang di atas kerana kedengaran bunyi orang di atas.
BAB 24
Prof dapat
merasai ketiadaan Jc dan Amira. Dia mula mencari mereka sekitar Desa Karpus.
Prof dapat mengagak yang mereka pasti terlibat dengan perkara mengenai
Malique. Apabila ditanya kepada Rusdi, dia memberitahu yang mereka
ke gua itu. Prof tidak faham mengapa mereka ke situ. Barulah dia teringat akan
penemuan mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Prof kesal
dengan sikapnya yang sangat mementingkan kerjanya sehingga mengabaikan anaknya
. Di puncak bukit terdapat kesan kedatangan orang dan ianya masih
baru. Itai memberikan amaran tentang sesuatu yang tidak senang dengan kehadiran
mereka. Itai berjalan mengikuti tapak kaki itu. Terdapat sebuah pondok di situ.
Itai dan Roslan melihat dalam pondok itu. Makhluk itu bergegas ke puncak
gunung untuk memastikan Malique masih berada di situ tetapi terkejut melihat
kehadiran orang di situ. Makhluk itu marah kerana mereka berani
memasuki kawasannya. Makhluk itu bertubuh sasa dan berotot
serta memegang parang yang panjang. Di dalam pondok itu ada satu tubuh
yang lemah terbaring. Malique memberikan amaran kepada mereka
mengenai makhluk itu. Mereka memapah Malique. Dr. Zawawi, Prof, Rusdi
bertolak menuju ke gua dengan Ludin.
BAB 25
Makhluk itu
tidak mahu Sabi dibawa oleh mereka. Mereka bersedia menghadapi serangan
makhluk itu. Makhluk itu memanggil Malique dengan nama Sabi. Makhluk itu mula
menyerang namun mereka hanya cuba mengelak kerana makhluk itu sangat
kuat. Ludin dan kumpulan dari Desa Karpus telah tiba ke kaki bukit
itu. Ibu Malique mengenali Ludin dan mereka berbual seketika. Ludin
merupakan abang ipar Jennifer. Ludin sempat naik ke gua sebelum apa-apa yang
buruk berlaku. Makhluk itu menangis kerana ada yang ingin mengambil anaknya.
Topeng berbulu itu ditanggalkankan dan jelas kelihatan wajah Tau di sebaliknya.
Tau turun ke bawah setelah dipujuk oleh Ludin.
BAB 26
Jc meminta penjelasan daripada Amira mengenai apa
yang berlaku di atas tadi. Amira bercadang untuk membincangkan perkara ini
di Desa Karpus. Jennifer bersahaja apabila berjumpa Tau dan ingin membawa Malique
pulang. O'Hara telah bercakap mewakili Jennifer. Prof
memulakan perbincangan dan memberikan peluang untuk O'Hara membela
kebenaran bagi pihak Jennifer. Tau telah berdiri dan meminta mereka
mendengar penjelasannya dahulu. Jennifer mengakui kebenaran yang dia
isteri Tau dan Malique anak mereka. Itai merupakan adik Malique. Malique
ingin meluangkan masanya bersama-sama ayahnya dan adiknya. Tau meminta maaf
atas apa yang telah berlaku di puncak bukit tadi .
BAB 27
Amira telah menghabiskan satu semester . Memorinya
semasa di Bukit Mat Raya masih segar di mindanya. Malique telah
berjanji akan menggagalkan projek mencari gali emas. Amira telah menerima e-mel
daripada rakan-rakannya yang dijumpai di Bukit Mat Raya dan ibunya yang
tersayang.
No comments:
Post a Comment