NOVEL MELUNAS RINDU
Bab 1
Fuad balik ke rumah selepas mencari kayu api. Fuad
disapa oleh Mak Mah. Fuad membersihkan diri dan solat Maghrib. Fuad pergi ke
surau dan bertemu Pak Mail dan mengaji al-Quran dengannya. Fuad mendapat berita
bahawa anak Borhan demam melalui Sahak. Selepas solat di surau, Fuad datang ke
rumah Borhan untuk menjenguk anaknya yang demam itu iaitu Muhammad Alif. Fuad
membawa Borhan sekeluarga ke klinik Ihsan di bandar Kuala Terengganu (KT) untuk
menapatkan rawatan dengan menaiki kereta sewa milik Pak Omar. Sementera
menunggu anak Borhan, Fuad sempat memeriksa baki wang simpanannya di mesin ATM
yang berhampiran. Fuad sedikit terkejut apabila melihat baki wangnya yang
berjumlah RM 200,000.00. Fuad yakin bahawa duit itu dimasukkan oleh bapanya.
Fuad merancang untuk membuka perniagaan makanan dengan modalnya sendiri
berjumlah RM 6,000.00. Fuad turut merancang untuk membeli sebuah kereta kerana
banyak faedahnya untuk diri, keluarga, dan orang kampungnya.
Bab 2
Fuad baru membeli kereta Proton Iswara Aeroback
berwarna merah. Fuad pergi bersantai ke Pantai Batu Buruk. Fuad terkenang kisah
lalu. Mak Mah membenci Fuad kerana hal yang terjadi antara dia dengan Sofia.
Orang-orang kampung turut marahkan Fuad gara-gara hal tersebut. Hubungan antara
Fuad dengan Sofia masih menjadi misteri dan difahamkan hubungan antara mereka
dikatakan adalah bersaudara. Pada pukul 6.55 petang, Fuad meninggalkan Pantai
Batu Buruk dan sampai ke rumah pada pukul 7.20 malam. Fuad dan Pak Mali
sama-sama ke surau. Semasa makan malam, Mak Mah memberitahu Fuad bahawa ada
orang datang untuk bertemu dengannya. Fuad tidak memberikan apa-apa komen
kerana dia pun tidak tahu siapa gerangan orang tersebut. Fuad memberitahu Pak
Mail dan Mak Mah bahawa dia bercadang untuk membeli tanah milik Ag. Sojar. Pak
Mail dan Mak Mah terkejut dengan hasrat Fuad untuk bercucuk tanam di atas tanah
berkenaan.
Bab 3
Fuad telah membeli tanah Ag. Sojar dengan harga RM
10,000.00. Pak Mail dinamakan sebagai pemilik tanah. Fuad turut membelikan
sebuah motosikal untuk Pak Mail. Mak Mah terkenangkan Sofia(anak angkatnya).
Fuad melarikan Sofia daripada Mak Mah untuk diserahkan kepada keluarga
sebenarnya dan akhirnya meninggal dunia. Perkara ini mewujudkan perasaan tidak
senang Mak Mah kepada Fuad. Keesokkan harinya ketika Fuad, Pak Mail dan Mak Mah
sibuk mengerjakan kebun jagung, mereka didatangi oleh Cikgu Abas. Tujuan kedatangan
Cikgu Abas ialah menawarkan Fuad jawatan guru sandaran tidak terlatih bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia (SMSS). Murid di SMSS
amat memerlukan bimbingan guru BI yang berdedikasi. Fuad pada mulanya menolak
dengan memberikan alasan bahawa dia tidak pandai mengajar, walau bagaimanapun
Cikgu Abas memberikan jaminan akan membantu Fuad. Cikgu Abas turut memberikan
cadangan pilihan kepada Fuad sama ada ingin menjadi GSTT atau Guru Bimbingan.
Fuad memutuskan bahawa dia akan berbincang terlebih dahulu dengan Pak Mail dan
Mak Mah sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran
daripada Cikgu Abas.
Bab 4
Fuad akhirnya bersetuju menerima tawaran mengajar di
SMSS. Seawal pukul 7.15 pagi, Fuad sudah sampai di perkarangan sekolah. Fuad
terus pergi berjumpa dengan Cikgu Abas di pejabat sekolah. Cikgu Abas
memaklumkan Fuad bahawa Pengetua tiada di sekolah dan Fuad akan diperkenalkan
kepada Pengetua kemudian. Fuad telah diberikan kepercayaan untuk mengajar kelas
tingkatan 3 dan 5 yang merupakan kelas-kelas peperiksaan. Jadual waktu mengajar
Fuad juga telah disediakan oleh Cikgu Abas. Fuad dibawa Cikgu Abas ke kantin
sekolah untuk diperkenalkan kepada beberapa orang guru yang kebetulan berada di
kantin. Selepas itu Fuad diperkenalkan kepada Cikgu Farhana iaitu ketua Panitia
BI. Fuad (Pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti di
US)dipertanggungjawabkan dengan 25 waktu mengajar iaitu kelas 5 Bestari, 5
Dedikasi, 5 Jujur , 3 Ikhlas, dan 3 Dedikasi. Selain itu, Fuad turut akan
mengajar BI bagi sukatan 1119. Farhana meminta Fuad merujuknya jika berhadapan
dengan apa-apa masalah P&P.
Bab 5
Fuad berjumpa dengan Farhana untuk memulangkan buku
rujukan yang dipinjamnya.Fuad berhasrat untuk membeli buku berkenaan. Farhana meminta
pertolongan Fuad tentang program peningkatan akademik murid. Fuad memberikan
komen yang membina tentang pelaksanaan program yang telah dianjurkan di sekolah
ini. Mendengar kritikan Fuad itu, Farhana berasa sedikit terasa hati. Fuad
mencadangkan program yang digelar English Personal Guidance. Mereka akhirnya
bersetuju dengan program yang dicadangkan oleh Fuad. Fuad membawa jagung hasil
kebun milik Pak Mail untuk diagih-agihkan kepada rakan guru di sekolah termasuk
Farhana. Fuad meminta Farhana mengambil jagung ketika waktu pulang nanti.
Selepas mesyuarat kurikulum, Farhana menghampiri kereta Fuad untuk mengambil
jagung yang dijanjikan oleh Fuad. Ketika sibuk mengagihkan jagung, kedengaran
laungan azan Zohor berkumandang. Fuad menghormati laungan Azan terus mendiamkan
diri sambil tangannya mengumpul jagung yang berselerak. Farhana yang
memerhatikan gelagat itu sempat menilai perwatakan Fuad yang akhirnya
membuatkan hatinya tersentuh.
Bab 6
Jadual waktu mengajar Fuad pada hari Rabu agak padat.
Selepas mengajar, Fuad terus ke kantin untuk minum. Di sana dia terserempak
dengan Cikgu Zamani. Fuad berbual-bual kosong dengan Cikgu Zamani yang terkenal
sebagai seorang guru yang mempunyai ilmu agama yang agak tinggi. Cikgu Zamani
mencadangkan Fuad agar berpindah berhampiran dengan sekolah. Fuad berkata
bahawa dia akan mempertimbangkan cadangan Cikgu Zamani itu. Fuad kembali ke
bilik guru dan mendapati di atas mejanya terdapat sekeping nota yang menyatakan
ada orang ingin berjumpa dengannya. Fuad terus menuju ke pintu pagar utama
sekolah dan mendapati orang yang ingin berjumpa dengannya ialah Chin.
Kedatangan Chin bertujuan untuk memujuk Fuad agar berjumpa dengan bapanya iaitu
Robert Lim. Chin turut memaklumkan bahawa perniagaan ayahnya kini berhadapan
dengan masalah. Fuad memberitahu Chin bahawa dia belum bersedia untuk
berhadapan dengan bapanya lagi. Fuad terkenang akan arwah ibunya dan menanam
hasrat untuk mencari kubur ibunya itu.
Bab 7
Pada pukul 11.00 pagi Fuad menuju ke bandar Kuala
Terengganu. Fuad ingin pergi ke Sungai Ruam untuk menjejaki kubur ibunya.
Sebelum itu, Fuad singgah di bazar stesen bas untuk membeli buah tanggan
antaranya empat pasang kain sutera untuk mamanya dan Mei Lin, sehelai kemeja
lengan panjang warna kelabu bercorak kulit harimau untuk apaknya serta dua
helai baju kelawar. Fuad terserempak dengan Farhana yang ingin balik ke
Kuantan. Farhana kelihatan resah kerana tidak memperoleh tiket bas lagi. Fuad
mempelawa Farhana untuk balik bersamanya menaiki keretanya. Pada mulanya
Farhana menolak tetapi setelah didesak Fuad akhirnya dia bersetuju.Dalam
perjalanan, Fuad dan Farhana saling bercerita tentang hal peribadi
masing-masing untuk mengisi masa mereka. Farhana anak sulong kepada 4 orang
adik beradik. Bapa Farhana sudah meninggal dunia. Mereka singgah di Dungun
untuk makan dan solat. Farhana segan dan kagum dengan kesungguhan Fuad yang
tidak mencuaikan kewajipan menunaikan solat tidak seperti dirinya. Fuad singgah
di rumah Farhana dan sempat berkenalan dengan keluarganya. Selepas Asar Fuad
meneruskan perjalanannya dan sebelum meninggalkan Farhana, Fuad sempat
meninggalkan no. telefon bimbitnya sambil mengenitkan matanya kepada Farhana.
Farhana tergamam dengan tindakan spontan Fuad itu.
Bab 8
Keluarga bapa saudara Fuad iaitu Peter Lim dan
isterinya Swee Lan berada dalam kesempitan kerana Peter Lim sakit dan tidak
boleh bekerja. Swee Lan rungsing memikirkan bayaran yuran STPM Ah Soh. Robert
Lim ada menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarga adiknya itu. Mereka
sekeluarga terperanjat dengan kehadiran Fuad. Peter Lim orang yang paling
gembira dengan kehadiran Fuad. Peter Lim berselera makan pada hari itu sehingga
dia mampu menghabiskan 10 sudu bubur nasi.Fuad yang maklum akan kesulitan
keluarga pakciknya itu berjanji akan melunaskan bayaran yuran STPM Ah Soh dan
Fuad juga akan membuka akaun GIRO untuk Mei Lin dan Ah Soh untuk memudahkan dia
menyalurkan bantuan kewangan kelak. Fuad meminta jasa baik daripada pakcik dan
makciknya agar memberitahu apa-apa sahaja maklumat tentang arwah ibunya. Sedang
mereka berborak-borak, Farhana menghubunginya. Fuad berjanji akan menghubungi
Farhana semula kerana dia ada hal yang perlu diuruskan. Peter Lim batuk-batuk
lalu muntah. Fuad bergegas menghantar pakciknya itu ke klinik untuk dirawat.
Setelah pulang semula ke rumah setelah Peter Lim dirawat, Fuad memberitahu
tujuan dia datang adalah untuk mencari kubur arwah ibunya. Peter Lim
mencadangkan Fuad pergi ke Lembah Klau dan mencari Pak Ngah Lias dan Ah Sok.
Malam itu Fuad ke surau dan berkenalan dengan Pak Said yang sanggup menemaninya
ke Lembah Klau pada esok hari. Pada malam itu sebelum Fuad tidur dia baru
teringat bahawa dia terlupa menghubungi semula Farhana.Fuad membatalkan niatnya
untuk menghubungi Farhana kerana hari sudah lewat malam.
Bab 9
Farhana gelisah kerana Fuad tidak menghubunginya.
Keadaan Farhana yang gelisah itu dapat dihidu oleh ibunya. Farhana teringat
akan waktu dia belajar di London. Semasa di sana, dia kerap mengalami
kesempitan wang .Farhana merupakan pelajar program berkembar jurusan pendidikan
selama 2 tahun di kota London. Selepas tamat pengajian, Farhana pulang untuk
mengajar bahasa Inggeris dengan penuh semangat tetapi akhirnya semangat Farhana
itu kian luntur. Walau bagaimanapun, kehadiran Fuad telah menaikkan semula
semangatnya yang hampir hilang. Farhana tersentak dari lamunannya apabila
ibunya menegurnya. Ibunya mengusik Farhana dengan mengatakan Farhana telah
jatuh cinta dan menggangap bahawa lelaki itu ialah Fuad. Ibu Farhana turut mengingatkannya
bahawa umurnya semakin (25 tahun) meningkat dan elok sudah berumahtangga. Ibu
Farhana, iaitu Mariana terkenang akan arwah suaminya, Fakhruddin. Semasa saat
kematiannya, Farhana tidak sempat berada di sisi ayahnya itu kerana dia berada
di London. Untuk mengisi waktu yang terluang, Farhana mengambil keputusan untuk
melawat rakannya iaitu Norhayati yang telah bertunang dengan salah seorang
pemain bola sepak negeri Pahang.
Bab 10
Ditemani Pak Said, Fuad pergi ke Felda Lembah Klau
untuk menjejaki kubur arwah ibunya. Setelah bertanya arah dengan penduduk di
situ, mereka akhirnya berjaya sampai ke rumah Pak Ngah Lias. Pak Ngah Lias amat
gembira kerana bertemu kembali dengan Abdul Halim(Fuad). Berdasarkan cerita
daripada Pak Ngah, ibu Fuad tidak dikuburkan di Lembah Klau tetapi
berkemungkinan di Kuala Lipis. Fuad juga dikatakan dilahirkan di sana. Mereka
bertiga akhirnnya pergi ke Kampung Sedili untuk mengetahui cerita sebenar. Di
Kampung Sedili, mereka berusaha menjejaki Mariah iaitu kakak angkat Mariana.
Walau bagaimanapun, Mariah telah berpindah. Mengikut cerita orang kampung,
mereka tidak pernah mengetahui adanya kubur milik Mariana.Setelah puas bertanya
dengan orang kampung, Fuad dan Pak Said singgah di rumah Pak Samsudin iaitu
bekas jiran Mariah. Pak Samsudin mendakwa dan percaya bahawa Mariana masih
hidup kerana setahunya tiada kubur Mariah di Lembah Klau. Menurut Pak Samsudin
lagi, ibunya itu terkena penyakit gila meroyan selepas melahirkan Fuad akibat
tekanan perasaan kehilangan anaknya iaitu Fuad. Khabar gembira itu disampaikan
kepada Peter Lim oleh Fuad. Fuad meminta Peter Lim menghubungi Robert Lim untuk
mengetahui sama ada dia masih menyimpan gambar ibunya itu. Robert Lim meminta
Fuad datang sendiri mengambil gambar dan sepasang cincin yang ditempah yang
sebentuk lagi telah diberikan kepada isterinya iaitu Mariana. Peter Lim
mencadangkan Fuad pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat ayahnya, Robert
Lim(Roslan) dan menziarahi kubur Sofia. Lantas Fuad mengimbau kembali kenangan
dia bersama Sofia.
Bab 11
Cikgu Abas berasa sangat geram dengan perangai dan
sikap cikgu Zamani yang suka ponteng kelas lanjutan malah kelas biasa juga.
Dalam pertimbangan cikgu Abas, cikgu Zamani cuba menunjukkan kuasa senioritinya
dan hanya tahu duduk bersembang di kantin sahaja. Cikgu Zamani juga suka
membantah setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah malah dia turut
menghasut guru-guru lain mengikut perangainya. Cikgu Abas kesal dengan sikap
cikgu Abas yang terkenal jika bercakap tentang kebaikan dan ketakwaan tetapi
tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan baik. Semasa cikgu
Abas menuju ke kantin dia ternampak kelibat cikgu Zamani di dalam bilik guru
perempuan dan sedang bermesra dengan cikgu Nur Alia. Sekali lagi cikgu Abas
kesal dengan sikap cikgu Zamani yang suka mengambil kesempatan walaupun dia
sudah berumahtangga. Dalam mesyuarat guru, ckgu Abas tidak mampu menahan
kemarahannya terhadap segelintir guru di sekolah itu. Tuan pengetua turut
menyokong tindakan cikgu Abas dengan menegaskan guru-guru supaya komited
terhadap tugas hakiki masing-masing. Tn.Hj Samad turut memberikan amaran kepada
guru agar tidak mencipta khabar angin yang tidak betul kesahihannya di sekolah.
Selesai mesyuarat tersebut, Fuad bingung sama ada dia antara cikgu yang dimaksdukan
oleh cikgu Abas dalam mesyuarat tadi.
Bab 12
Fuad memberikan kad ucapan hari jadi berwarna merah
jambukepada Farhana. Farhana amat gembira menerima kad tersebut. Fuad mengajak
Farhana bersiar-siar petang nanti lantas diterima oleh Farhana. Petang itu
mereka singgah makan di Restoren Terapung di Taman Syahbandar. Fuad memesan 20
keping keropok dan Farhana pula memesan 2 cawan aiskrim. Sambil makan, Fuad
memuji dan mengakui bahawa Farhana memang cantik. Farhana cuba membandingkan
dirinya dengan arwah Sofia. Fuad tidak selesa dengan tindakan Farhana itu lalu
Farhana cepat-cepat meminta maaf daripada Fuad. Selepas keadaan kembali ceria,
Fuad memberitahu Farhana bahawa dia hendak pergi ke rumah cikgu Zamani kerana
ada kenduri. Fuad mengajak Farhana ke rumahnya dan Farhana menyetujuinya. Mak
Salmah dan Pak Mail kelam-kabut menyambut kedatangan Farhana secara mengejut
itu. Selepas solat Isyak, Fuad dan Farhana bertolak ke rumah cikgu Zamani.
Farhana menolak pelawaan Fuad untuk sama-sama pergi ke rumah cikgu Zamani
kerana dia kurang senang dengan sikap cikgu Zamani. Oleh itu, Fuad menghantar
Farhana ke rumah sewanya. Sebelum Fuad beredar, Farhana memberitahunya bahawa
cikgu Zamani bercadang menjodohkan dia dengan seseorang.
Bab 13
Fuad agak kelewatan sampai ke rumah cikgu Zamani.
Cikgu Armin, cikgu Azli, dan cikgu Rosli telah lama sampai. Mereka mempelawa
Fuad makan dan Fuad hanya mampu menghabiskan sepinggan nasi sahaja kerana dia
sudah makan di rumah tadi. Fuad memberitahu cikgu Zamani bahawa dia telah membawa
Farhana berjumpa dengan Mak Salmah dan Pak Mail. Cikgu Zamani kurang senang
Fuad berkawan rapat dengan Farhana. Fuad terpaksa bersabar dengan tingkah cikgu
Zamani kerana dia hanya tetamu di rumahnya. Fuad mengagak bahawa cikgu Zamani
ini adalah salah seorang penyokong parti pembangkang kerana terdapat banyak
surat khabar 'Medan Juang' yang diterbitkan oleh parti pembangkang di ruangan
tetamu rumahnya. Cikgu Zamani mengajak Fuad menyertai 'jemaahnya' tetapi Fuad
menolaknya dengan mengemukakan soalan-soalan yang memerangkap cikgu Zamani dan
'jemaahnya'. Sungguhpun kebanyakaan pendapat cikgu Zamani disokong dengan hujah
yang kukuh, tetapi pada Fuad aspek pelaksanaan perkara yang dihujahkan oleh
cikgu Zamani amat daif. Selain itu, Fuad turut tidak berkenan melihat sikap
cikgu Zamani yang seakan-akan memperhamba isterinya dengan perkara yang tidak
perlu seperti menjamu jemaah di rumahnya setiap hari.Fuad telah membuat
kesimpulan awal bahawa cikgu Zamani dan jemaahnya ialah kumpulan ekstrim yang
perlu dijauhi. Semasa perjalanan pulang dari rumah cikgu Zamani, fikiran Fuad
tertumpu pada Farhana dan dia berazam akan selalu membawa gadis itu ke rumah
Pak Mail dan Mak Salmah.
Bab 14
Robert Lim pulang dari pejabat dan berehat di ruang
tamu rumahnya. Akibat tekanan masalah iaitu ditinggalkan isterinya, Susan dan
masalaah Fuad, Robert Lim bertukar menjadi perengus. Pembantu rumahnya sudah
bertukar empat kali gara-gara tidak tahan dengan perangainya itu. Keadaan
ekonomi yang tidak menentu benar-benar memberikan masalah terhadap
perniagaannya. Robert Lim benar-benar rungsing apabila terkenangkan hal ibu
Fuad iaitu Mariana. Robert Lim menerima panggilan telefon daripada Chin yang
mengajaknya keluar makan bersama di Bangsar. Robert Lim meminta bantuan Chin
untuk ke Kuala Terengganu berjumpa dengan Fuad. Chin sangat terkejut apabila
dimaklumkan oleh Robert Lim yang ibu Fuad masih hidup. Tiga hari selepas
perjumpaan itu, Robert Lim dan Chin bertolak ke Kuala Terengganu. Mereka terus
pergi ke rumah Pak Mail walaupun mereka tiba sudah agak lewat malam. Pak Mail
dan Mak Salmah terkejut besar dengan kunjungan Robert Lim dan Chin. Robert Lim
kecewa kerana Fuad tiada di rumah kerana pergi menziarah emak kawannya(Farhana)
yang sakit di Kuantan. Robert Lim, Pak Mail dan Chin bertolak ke Kuantan pada
malam itu juga iaitu kira-kira jam 11 untuk mencari Fuad.
Bab 15
Fuad pulang ke rumah dengan perasaan resah memikirkan
hal Farhana yang belakangan ini selalu bertengkar dengan cikgu Zamani. Pada
hari ini Farhana menuduh cikgu Zamani bertubi-tubi dan cikgu Zamani membalas
dengan kadar yang sama keras. Pentengkaran itu bermula apabila seorang murid
kelas Farhana mencari guru yang tidak masuk ke kelas sewaktu program latih tubi
yang dikenali sebagai 'Jawab Untuk Jaya'. Pada ketika itu Farhana terlihat
cikgu Zamani berlenggang keluar dari kantin. Farhana tahu cikgu Zamani ada
kelas di tingkatan 5 Cemerlang. Pertengkaran mula memuncak apabila Farhana dan
cikgu Zamani mula berbalas serangan mulut. Dalam pentengkaran itu, Farhana ada
mengungkit pasal cikgu Zamani menghasut guru lain iaitu cikgu Azli yang tidak
bertugas dalam program unit beruniform pada hari Sabtu. Cikgu Zamani menempelak
bahawa Farhana ialah perempuan yang tdak berbudi bahasa. Fuad akhirnya
meleraikan pertengkaran itu dengan mengajak Farhana ke kantin untuk minum dan
menenangkan dirinya. Di kantin Farhana menangis dan Fuad hanya membiarkan
sahaja Farhana untuk menenangkan dirinya. Sehingga sampai ke rumah hati Fuad
tidak tenang dan dia akhirnya pergi ke rumah Borhan untuk menenangkan fikirannya
yang berkecamuk itu. Dalam perjalanan pulang dari rumah Borhan, Fuad singgah
sebentar di kebun jagungnya sambil menghubungi Farhana . Menurut rakan serumah,
Farhana terpaksa balik ke Kuantan kerana ibunya dimasukkan ke hospital akibat
sakit lelah. Tanpa berlengah, Fuad pergi ke Kuantan untuk menziarahi ibu
Farhana dan Farhana di sana.
Bab 16
Fuad tiba di HTAA sekitar jam 6 petang. Fuad agak
terkejar-kejar kerana dalam perjalanan di memandu pada kelajuan 140 km/j .
Sampai di hospital Fuad segera mencari Farhana dan akhirnya dia bertemu Farhana
di kafeteria hospital. Farhana amat terharu dengan kedatangan Fuad menjenguk
dia dan ibunya di hospital. Mereka segera ke wad untuk melihat keadaan terkini
ibu Farhana. Mariana kelihatan letih kerana serangan lelah dan sedang tidur.
Sebelum tidur, Farhana sempat menyuapkan ibunya bihun sup. Farhana meminta Fuad
menjenguk adik-adiknya di rumah walaupun Fuad ada menyuarakan keinginannya
menemani Farhana menjaga ibunya di hospital. Selepas solat Maghrib, Fuad sampai
di rumah Farhana. Adik-beradik Farhana melayan Fuad dengan baik. Muhd Fikri dan
Muhd. Fadli menyediakan minuman dan biskut kering untuk Fuad. Pada jam 10.55
malam Fuad meninggalkan adik-beradik Farhana untuk ke hospital. Adik-beradik
Farhana berharap agar Fuad akan menjadi abang ipar mereka suatu hari kelak.
Semasa menjaga ibu Farhana, Fuad ternampak kad rawatan dan Fuad amat terkejut
besar apabila melihat nama ibu Farhana ialah MARIANA BINTI OSMAN. Fuad mengejut
Farhana untuk bertanya asal usul dia dan ibunya. Farhana mendakwa bahawa ibunya
ada menyimpan sebentuk cincin pemberian ayahnya. Pada ketika itu, Robert Lim
sampai di hospital. Fuad lantas meminta apaknya mengesahkan kedudukan sebenar.
Setelah Robert Lim melihat ibu Farhana, jelaslah bahawa ibu Farhana adalah
bekas isterinya yang juga merupakan ibu kandung Fuad.
Bab 17
Fuad mengambil cuti 2 hari. Fuad dan Farhana bersetuju
merahsiakan dahulu perkara sebenar daripada ibu mereka. Fuad merancang
mengadakan kenduri kesyukuran di Danau Seberang. Pada hari Khamis, ibu mereka
dibenarkan keluar hospital. Fuad menguruskan segala-galanya hingga membuatkan
ibu Farhana mengharapkan agar anaknya dapat disatukan dengan Fuad. Sementara
itu di sekolah, Fuad dan Farhana berjumpa dengan cikgu Abas untuk memaklumkan
bahawa dia dan Farhana adalah adik-beradik tiri seibu berlainan bapa. Cikgu
Abas turut terkejut dengan berita itu yang pada mulanya dia menyangka bahawa
Fuad dan Farhana sudah berkahwin. Aznah iaitu pembantu am pejabat memaklumkan
Fuad bahawa ada surat untuknya. Fuad sangat gembira kerana Bahagian Pendidikan
Guru menerima permohonannya untuk kursus KPLI. Sementara itu, Farhana mendapat
tahu bahawa cikgu Zamani telah bertukar ke negeri asalnya oleh cikgu Zalifah.
Berita pertukaran cikgu Zamani disambut baik oleh Fuad yang risau jika Farhana
akan bertengkar lagi jika cikgu Zamani masih bertugas di sekolah itu. Fuad
memberitahu Farhana bahawa dia akan menyambungkan pelajarannya di Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Farhana ternyata gembira dengan perkhabaran
itu. Fuad turut mengingatkan Farhana bahawa mereka kini mempunyai keluarga yang
besar dan mengharapkan Farhana dapat menerima keadaan berkenaan.
Bab 18
Mariana mengikuti kakak angkatnya Mariah ke Bentong
Pahang iaitu ke kampung suami Mariah, Husin.Setelah Mariana pulih dari sakit
gila meroyan, Mariana mendesak Mariah memberitahunya di mana anaknya itu.
Mariah memberitahu bahawa anaknya dijaga oleh datuknya. Mariana kecewa kerana
Roslan(Robert Lim) meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan. Mariana hanya
sempat bersama anaknya itu selama 5 malam sahaja sebelum ananya itu dilarikan
oleh oleh orang setelah tiga hari di bawah pengawasan datuknya itu
(Seman@Osman). Mariana akhirnya berkahwin dengan Fakhruddin yang dikenalinya
sewaktu Fakhruddin membuat tugasan rondaan di kawasan persekitaran rumah Husin.
Setelah berkahwin dengan Fakhruddin, Mariana berpindah ke Pekan dan kemudian ke
Kuantan setelah permohonan berpindah ke Termeeloh ditolak. Fakhruddin sempat
membelikan Mariana sebuah rumah kos serdahana sebelum meninggal dunia akibat
barah usus. Mariana dikurniakan 5 orang anak dan bahagia dengan kehidupan baru
bersama suaminya. Tetapi dia tidak pernah sesekali pun melupakan Abdul Halim .
Mariana cuba mencari anaknya itu yang diyakininya diambil oleh Peter Lim.
Mariana membuat laporan polis tetapi malangnya rusuhan 15 Mei 1969 menghalang
siasatan dilakukan kerana kes ini melibatkan sentimen perkauman antara Melayu
dan Cina. Abdul Halim telah menjadi mangsa keadaan tetapi Mariana tetap berdoa
agar dia disuakan kembali dengan anaknya itu sustu hari nanti.
Bab 19
Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Mail pergi
umrah ke Makkah selama 10 hari. Selepas selesai umrah nanti, Fuad ada masa
lebih kurang lima hari untuk bersiap mengikuti KPLI selama setahun di MPIK, KL.
Fuad berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya yang lain. Fuad turut
meminta Farhana menyiapkan beg pakaiannya nanti untuk ke maktab. Mariana berasa
sedih untuk meninggalkan anak-anak lelakinya yang masih kecil buat jangka masa
yang agak lama. Robert Lim turut datang ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan
kepada mereka. Robert Lim masih berasa bersalah apabila dia berhadapan dengan
Mariana. Robert Lim akhirnya memeluk Fuad dan berpesan kepadanya agar menjaga
ibunya baik-baik di Makkah nanti. Akhir sekali, Robert Lim turut menyuarakan
hasratnya untuk mengerjakan umrah nanti.
No comments:
Post a Comment