Bab 1 – Tugas Baharu
Badri anak
sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang
pengawassekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan
berdisiplin. Bercita-cita inginmenjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil
merupakan kawan baik kepada Badri, manakalaShahrul seorang murid yang nakal,
Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantikmenjadi rebutan murid-murid
lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknyauntuk
mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Jamil
mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi
soalprinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni
oleh murid-murid lain.Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas.
Peristiwa itu menjadi heboh di kantin.Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani
menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumahlebih awal kerana
keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi keperpustakaan
untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrulyang
menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan
agakterkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan
Nadira sebagaianak buahnya dari Kedah.
Bab 3 – Main Api
Badri dapat
mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air
berdasarkantanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap
dan dibawa kepada CikguJailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana
turut membawa telefon bimbit. Ah Chun danSelva , rakan sekelas Badri yang
menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kadprabayar kepada murid-murid di
sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidakmemerhatikan Meng Kong
lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apakepada Mak
Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan
apabiladirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan
oleh Nadira.Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya
pada petang itu. Dia kepasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum
pernah dikenalinya sebelum ini.
Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar
bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan
meluahkanrasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh
Badri dan telefonnyadirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.
Bab 5 – Pertemuan
Badri
berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual
kadprabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh
abangnya yangbekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini
kerana kerap berlakukehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan.
Badri pula melakukan sesuatu untukmenyelamatkan Nadira dari terus berkawan
dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibatdengan aktiviti tidak
bermoral.
Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira
dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar
padaSabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu
lewat, tetapi seringterpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada
Badri kerana menegurnyaberkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul
bersiar-siar dengan menunggangmotosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat
motor yang selalu berlumba haram. Nadiratidak senang dengan Aziz iaitu salah
seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul.Mereka telah diserbu oleh
anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapatmelarikan diri.
Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadiraditangkap
dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan
bahawaNadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada
kalangan merekayang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.
Bab 7 – Secantik Sinar
Jamil
menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui
masalahnya.Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi
kain orang lain.Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul.
Nadira telah ditangkap dandisoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh
pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggiluntuk menceritakan situasi sebenar
kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan badri diperpustakaan untuk meminta
maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakanhasratnya ingin
berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan
denganShahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh
Shahrul.
Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil
menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di
kedai ayahMeng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan
kepada pihak polisdan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur
kerana Jamil sudah insaf atasperbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak
masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad
menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badriberjumpa di bengkel dan menasihati
Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul keranaNadira. Siew Mei meminta Badri
membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Meimengapa dia
mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari
tergesa-gesakerana malu.
Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri
mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka
untukterus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di
tasik. Mereka agakrisau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah
disergah oleh Badri. Shahrulmenyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri
mahir dalam ilmu persilatan.
Bab 10 – Semarak Api
Shahrul
tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia
masihlagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan
Shahrul seringmenganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya.
Dia telah dipanggil olehCikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul
bertemu dengan Badri yang sedangmakan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan
dia cuba mengungkit rancangan merekadahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya
adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira.Suatu hari, Shahrul dan Kumar
memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapidibayar separuh sahaja
kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan memintadipulangkan kembali.
Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebuttelah
jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah
diugut olehShahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu
Jailani, sebagai balasanhutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong
kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsiadaripada siapa dia membeli telefon itu
agar hutangnya lupus.
Bab 11 – Tertangkap
Meng Kong ke
kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpamenyedari
stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu
AhMeng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah
Meng telahmemainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan
telah melihatMeng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila
Meng Kong balik dia disuruhberjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan
rakaman CCTV kepada Meng Kong laluMeng Kong meminta maaf dan berharap dia
dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnyadengan menyuruhnya tinggal di asrama
sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolahiaitu Encik Baharom.
Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dandikenakan
hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama.
Badrimeminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 – Suasana Baharu
Meng Kong
mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas
keramahanTaufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana
tiada orang bertanyasebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan
membuat kerja sekolahnya mengikutmasa dan jadual. Dia menceritakan
pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerjarumah kepada Shahrul dan
Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kongyang tidak mahu
menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal
dengandatuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong
meneruskan usahanya,tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara
mereka dan Badri datangmeleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka
berjumpa Cikgu Jailani. Merekadirotan atas kesalahan tersebut.
Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri
bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik
oleh Badrulyang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati kepada
emaknya. Nadiramenelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri
akhirnya datang untuk melihatpementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu
apabila mengetahui hubungan Badridengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa
pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelahpulang ke rumah Badri
dimaklumkan oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badrimenelefon Jamil
dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokanharinya
namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang
tanpadapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta
Taufik dan Kumar. Badrimenemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg
Meng Kong atas arahanShahrul supaya Meng Kong dibuang asrama. Kumar mengikut
sahaja arahan Shahrul keranatakut dikasari oleh Sahrul.
Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar insaf
perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang
memyebabkandia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas
untuk memastikan Kumarmasih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan
rahsia mereka apabila Jamil danMeng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan
mereka. Shahrul tetap memujuk Kumarmengikutnya untuk membalas dendam terhadap
Badri.
Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan
Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat
melupakansahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri
dikejutkan dengan beritadi akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian
Amran iaitu kawan Jamil yang matiditembak kerana terlibat dengan kes jenayah
dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibatdalam kes jenayah
tersebut.
Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul
ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari
jalanuntuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan
kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih
dewasa. Apabila melihat Badrul,Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri
dengan mengupah Din memukul Badrul iaituadik Badri. Din tidak mahu terlibat dan
hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecutmotosikalnya menyebabkan dia
terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantarShahrul ke hospital.
Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuashati. Apabila
berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat
yangdiperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar,
sebaliknya Siew Mei tidakbersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan
Shahrul telah berubah.
Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri banyak
menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badrikesal
dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada
perasaancemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri.
Untuk menghindariperasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa
mengulangkaji dengan Kumar. Badritelah difitnah membawa telefon bimbit ke
sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebutdi dalam begnya. Badri
dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrultelah
menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak
menyokongnyasebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih
tersebar walaupun Cikgu Jailanimendapati Badri tidak bersalah. Badri juga
disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diridaripadanya kecuali Siew Mei
dan Taufik.
Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri dan
Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul
telahmengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi
Kumar tidak mematuhiarahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah.
Pertengkaran antara Shahrul danKumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri.
Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaituketua pengawas. Badri diberi
semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditaburkepadanya.
Bab 19 – Cerita Baharu
Meng Kong
berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati
dengannasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal
tersebut. Merekaberbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan
kejadian yang telah berlaku keranaibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu
Jailani pernah ke rumah Shahrulmemberitahu sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan
Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di
hatiBadri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew
Meimenyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan
Nadira untukmengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu
dengan Nadira yang ditemaniShahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan
kesalahan Shahrul telah dikesan oleh CikguJailani menyebabkan Shahrul berasa
bimbang. Badri menyindir sikap Nadira.
Bab 21 – Harapan
Shahrul terlibat
dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrulmenduduki
SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul
tempangsebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari.
Badri menyatakancita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan
untuk mengejar cinta. Hal inidisokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei
sama-sama belajar untuk menduduki SPMdan berjaya menjawab soalan dengan baik.
Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-samaberbincang tentang cara untuk
menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badriberkerja di resort
bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM.Taufik
pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiketuntuk
balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.
Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Pertemuan
semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah
masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu.
Badri melanjutkanpelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas
sebagai doktor di Hospital BesarKuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam
bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufikmendapat ijazah dalam bidang
perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort diTerengganu. Shahrul dan
Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiranmemperbaiki
kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di
KualaLumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka
sebuah butik setelahmemperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei
berjaya menjadi seorang doktor gigi.Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang
gelora dalam kehidupan mereka dan berharapberjaya merenang gelora yang akan
mendatang.
No comments:
Post a Comment