Bab
1
Anuariza amat bersyukur kerana mendapat seorang ibu
yang sangat menyayanginya, iaitu Solehah. Walaupun mereka sekeluarga hidup
dalam kemiskinan, namun mereka dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan yang
tidak pernah surut. Anuariza terpaksa bekerja mencari rezeki buat menampung
keperluan keluarganya dengan menoreh getah dan mencari buah-buah kayu seperti
asam kelubi di hutan paya yang penuh dengan bahaya. Adiknya Azuera melarangnya
keluar ke hutan pada hari itu memandangkan hujan baru sahaja turun dan
kemungkinan banyak haiwan liar berkeliaran mencari mangsa. Solehah tetap
membantah dan tidak membenarkannya pergi ke kawasan itu. Anuariza mencari
rezeki dengan mencari asam kelubi yang kemudian akan dijual kepada Ah Chong, satu-satunya
peraih di kampung itu yang sering menawarkan harga yang tinggi untuk buah-buah
kelubinya. Nek Siah pula merupakan jiran mereka yang sering membantu keluarga
Solehah yang sering dalam kesusahan. Nek Siah datang untuk menjemput mereka
sekeluarga ke majlis kenduri di rumahnya juga melarang Anuariza ke situ. Nek
Siah menyuruh Anuariza pergi ke rumahnya bagi membantu mereka yang akan
mengadakan kenduri naik rumah dan tahlil.
Bab
2
Anuariza tiada jalan lain kecuali terpaksa bersetuju
dengan permintaan Syed Mustafa untuk memberi kelas tuisyen kepada anaknya Syed
Fariz sementara menanti keputusan STPM diumumkan. Syed Mustafa mempunyai
seorang anak perempuan iaitu Syarifah Farisya yang merupakan abang Syed Fariz.
Mereka anak beranak bertungkus lumus membantu keluarga Nek Siah menguruskan
kenduri tersebut. Azuera kelihatan begitu cekap dengan kerja-kerjanya membasuh
pinggan mangkuk, membungkus makanan untuk jiran dan menghidangkan makanan
pencuci mulut manakala Syarifah Farisya sedikit kekok. Anuariza disuruh
mengajar anak Syed Mustafa keesokan harinya, namun Anuariza meminta
ditangguhkan sehari kerana dia bercadang untuk keluar hutan bagi memungut asam
kelubi. Apabila mendengar tentang asam kelubi, Syed Mustafa menceritakan
pengalamannya dahulu ketika usia remaja. Dia turut mencari asam kelubi, buah
ketiau, dan buah perah bersama-sama kawannya di hutan, tetapi untuk sekadar
suka-suka sahaja. Dia pernah terdengar cadangan Menteri Besar Perak untuk
mengkomersialkan buah-buah kayu tersebut tetapi cadangan itu senyap begitu
sahaja. Setelah larut malam dan rancak bercerita, keluarga Anuariza memohon
izin untuk pulang.
Bab
3
Anuariza pergi ke hutan untuk mengambil buah asam
kelubi yang disorok di situ dua hari lepas kerana hujan lebat. Anuariza
ditemani oleh Syed Mustafa atau Pak Syed. Pak Syed gembira melihat kecekalan
dan kesungguhan Anuariza namun sedikit sebanyak dia melihat Anuariza seperti
dirinya sendiri. Pak syed menceritakan kepada Anuariza, bahawa dia pernah
membuat kerja sebegitu pada masa dahulu, tetapi hanya sekadar untuk suka-suka,
berbanding dengan Anuariza yang mahu menyara keluarganya. Anuariza pernah
diketawakan dan diejek sebagai SI BONGKOK sewaktu dia berkaki ayam menghendap
di belakang sekolah kerana mahu belajar, selama berbelas tahun dahulu membuatkan
dirinya tersisih daripada orang. Dia juga pernah melihat ibunya dimalukan hanya
kerana dituduh memikat suami orang. Sejak itu dia bertekad untuk hidup
bersendirian tanpa mempedulikan orang lain. Anuariza pernah tinggal di Kuala
Lumpur tapi selepas ayah angkatnya meninggal dunia, mereka terus tinggal di
kampung. Pak syed bertanya kepada Anuariza, kenapa ibunya tidak kahwin lagi.
Anuariza menyatakan bahawa ibunya tidak mahu ada orang lain antara mereka. Mereka
mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang, tetapi mereka perlu
berhati-hati mungkin ada haiwan berbisa. Pak syed memberi cadangan supaya
buah-buah ini dikomersilkan. Anuariza berhasrat untuk menanam buah-buah
sesebigu di ladang. Harga buah kabung tinggi di pasaran. Di bandar buah kabung menjadi
makanan pencuci mulut di hotel.Pak syed mengingatkan Anuariza bahawa dulu ada
orang kampung pernah dibaham harimau. Anuariza pernah terserempak dengan
harimau, tetapi dengan membaca ayat kursi dan surah al ikhlas Allah menutup
pandangan raja rimba tersebut. Seterusnya mereka bercerita tentang agama yang
berkaitan dengan ajaran sesat.
Bab
4
Anuariza memulakan tugasnya sebagai guru tuisyen di
rumah Syed Mustafa. Syed Mustafa sudah membayar gajinya untuk bulan pertama,
tetapi Anuariza menolak wang itu. Syed
Mustafa tetap berkeras memaksa Anuariza mengambil wang tersebut. Hari pertama
dia pergi ke situ Syed Fariz langsung tidak turun belajar. Syed Fariz memang
tidak berminat dalam pelajaran. Anuariza meminta kebenaran Syed Mustafa untuk
berbual di dalam bilik Syed Fariz. Ketika Anuariza berada di dalam bilik Syed
fariz, Anuariza minta Syed Fariz menceritakan masalahnya. Syed Fariz berkata
bahawa dia tak suka tinggal di kampung kerana di kampung tiada apa yang boleh
dibuat dan membosankan. .Anuariza pun turut menyokong bahawa di kampung ini
sangat membosankan, tetapi itu dahulu, kerana dahulu Anuariza tinggal di Kuala
Lumpur. Setelah Anuariza tinggal di kampug Anuriza sangat tenang. Syed Fariz
turut menceritakan bahawa dia sangat benci pada ayahnya, yang menjadi punca
ibunya mati. Setelah hampir dua jam berada di dalam bilik Syed Fariz, Anuariza
pun meminta diri untuk pulang. Dia telah berjanji untuk membawa Syed Fariz ke
sungai untuk menyedut udara segar di samping menenangkan fikiran. Pada malam
itu Anuariza amat sukar untuk memejamkan matanya walaupun tubuhnya begitu
letih. Anuariza masih terkenangkan perbualanya dengan Syed Fariz, Syed Fariz
sangat membenci ayahnya. Tuduhan Syed Fariz pada ayahnya sangat kejam.
Peristiwa ditinggalkan ayah dan ibunya, kembali menyemak dalam fikiranya.
Anuariza teringat akan buah kabung yang dibakarnya petang tadi bersama Syed
Mustafa. Anuariza mencapai lampu gasolin, digoncang untuk memastikan kandungan
minyak tanah di dalamnya.Mancis digunakan untuk menyalakan api,angin diisi
dengan mengepam beberapa kali. Gelap bertukar terang,dia bersedia untuk turun
ke bawah. Buah kabung yang masih bertangkai dan masih suam-suam kuku di dalam
bakul rotan, dilonggok di atas tikar Anuariza bersila kemas dengan ditemani
Solehan. Anuariza bergurau senda dan menyatakan bahawa dia amat takut jika
gagal dalam STPM. Solehah menyakinkan Anuariza bahawa dia akan memperoleh
keputusan cemerlang setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Bab
5
Azuera, Syed Fariz, Anuariza dan Syarifah Farisya
telah berkunjung ke sebatang sungai di hujung kampung mereka untuk menyaksikan
keindahan sungai tersebut. Azuera dan Syarifah Farisya bermain air di sungai
manakala Anuariza asyik melukis pemandangan di sungai itu. Syed Faris seperti
biasa mempamerkan sikap tidak senangnya dengan perubahan mendadak yang
dilaluinya di kampung itu. Syarifah Farisya membandingkan keindahan sungai di
situ yang amat berbeza denga keadaan sungai di bandar yang amat kotor dan
tercemar. Azuera bercerita kepada Syarifah Farisya bahawa mereka sekeluarga
pernah tinggal di tepi sungai itu sebelum itu. Oleh sebab rumah mereka pernah
dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut, keluarga mereka dipelawa tinggal
bersebelahan dengan rumah Nek Siah. Azuera juga bercerita tentang hobi Anuariza
yang gemar melukis, malah lukisan pemandangan di biliknya juga dilukis oleh
Anuariza. Lukisan di dinding sekolah mereka merupakan buah tangannya juga
sebelum meninggalkan sekolah. Syarifah Farisya mulai teruja dengan pelukis
lukisan pemandangan di biliknya dan mulai menyimpan perasaan.
Bab
6
Selepas cuti panjang, seperti biasa Syed Fariz dan
Syarifah Farisya berbasikal ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar
Shah, Lambor Kanan seawal 6.45 pagi. Syarifah Farisya membandingkan keadaan
mereka yang selesa ketika bersekolah di bandar dahulu.Sewaktu ibu mereka masih
hidup, mereka dihantar ke sekolah menaiki kereta berhawa dingin, sedangkan di
kampung mereka terpaksa berbasikal seperti pelajar-pelajar lain. Di sekolah,
Azuera memperkenalkan Syed Fariz dan Syarifah Farisya kepada guru-guru dan
rakan-rakannya. Syed Fariz dimasukkan ke kelas 3 Bestari. Selepas waktu rehat,
cikgu Borhan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mendapati Syed Fariz
tiada di dalam kelas. Cikgu Borhan bertanya ke[ada Azizul Hafis yang duduk di
sebelahnya. Cikgu Borhan menyuruh Azizul Hafis mencarinya di sekitar sekolah
tetapi tidak ditemui. Syarifah Farisya mulai risaukan adiknya yang mungkin
kembali berkelakuan buruk seperti dahulu. Di rumah, Syarifah mencari-cari
adiknya tetapi juga tiada. Apabila Nek Siah melihat Syarifah Farisya memasuki
bilik adiknya, Syarifah Farisya memberi alasan dia ingin mengambil buku dan
mengatakan adiknya belum pulang dari sekolah. Nek Siah mengajaknya makan, namun
Syarifah Farisya belum mahu makan dan akan makan setelah lapar nanti.
Bab
7
Sudah dua bulan bersekolah di kampung,
berbagai-bagai perkara buruk berlaku di sekolah. Hampir seluruh pelajar di
sekolah itu mengenalinya. Syed Fariz telah membawa budaya yang buruk di
seolahnya. Kerjasama dengan Lily Suriani semakin menjadi-jadi. Syed Fariz
dikenali sebagai anak orang berada dan berpengetahuan tinggi sehingga ramai
murid yang mengangkat tabik kepadanya. Gejala samseng dan peras ugut semakin
berleluasa. Azuera turut mendengar kawan-kawannya bercerita perihal adiknya
yang berkelakuan buruk, namun enggan mempercayainya. Ruhaiza menceritakan
perkara sebenar kepada Syarifah Farisya. Hal ini menyebabkan Syed Fariz
berdendam kepadanya. Syed Fariz bersekongkol dengan beberapa orang kawan untuk
mengenakan Ruhaiza. Ruhaiza dipanggil oleh Guru Disiplin ke Bilik Kaunseling
dan diminta bercerita tentang perkara sebenar tentang kejadian pergaduhan di
belakang kantin sekolah. Ruhaiza dituduh menjadi punca pergaduhan kerana
cemburu kepada Lily Suriani yang rapat dengan Syed Fariz. Ruhaiza menafikan
tuduhan itu sekeras-kerasnya. Siti Baizurah menceritakan bahawa kejadian
pergaduhan itu turut disaksikan oleh pelajar-pelajar lain. Tersebarlah fitnah
yang menyatakan bahawa Ruhaiza mencintai Syed Fariz. Hazrul Naim yang menganggotai
kumpulan Syed Fariz turut menyebarkan fitnah.
Bab
8
Anuariza mulai bimbang akan perkembangan yang tidak
sihat itu. Syed Fariz semakin tidak berminat dalam pelajaran. Anuariza masuk ke
dalam bilik Syed Fariz dan terhidu bau yang kurang menyenangkan. Walaupun
mengesyaki Syed Fariz menghisap rokok, namun Anuariza tidak menegur hal itu
kerana bimbang Syed Fariz akan terasa dirinya dikongkong. Azuera pula tekun
belajar setelah memperoleh enam A dan 3 B dalam peperiksaan PMR. Azuera ingin
menjejaki kecemerlangan abangnya dalam SPM. Syed Mustafa pula sudah lama tidak
pulang ke kampung kerana sibuk dengan urusan pekerjaannya. Anuriza juga meneka
bahawa Syed Fariz merindui ayahnya yang sudah lama tidak pulang itu. Anuariza
mengajak Syarifah Farisya berbual-bual. Nek Siah meninjau-ninjau cucu-cucunya
yang sedang belajar untuk memastikan bahan-bahan keperluan untuk mereka
mencukupi dan sama ada mereka betul-betul belajar. Syarifah Farisya memberitahu
Anuariza bahawa adiknya merokok. Anuariza menyatakan bahawa dia memang
mengetahuinya. Menurut Syarifah Farisya, adiknya itu pernah merokok dan
berhenti seketika. Hal itu belum diketahui oleh bapa mereka.
Bab
9
Ruhaiza tidak menghadiri kelas tambahan, sebaliknya
dia pergi berjumpa dengan guru kaunseling, iaitu Cikgu Syakinah untuk meluahkan
masalahnya. Fitnah tentang dirinya mempunyai perasaan terhadap Syed Fariz telah
tersebar. Memang pada mulanya dia cuba mendekati Syed Fariz kerana mengetahui
bahawa pelajar itu pintar dan anak orang berada. Mungkin Ruhaiza boleh berkongsi
buku-buku pelajaran yang tidak mampu dimilikinya. Dia juga pernah berkunjung ke
rumah mereka dan melihat sendiri kekayaan Syed Mustafa. Semua anaknya memiliki
komputer dan telefon bimbit seorang satu. Azuera juga berpeluang menggunakan
komputer lebihan di bilik bacaan rumah mereka. Cikgu Syakinah mendengar luahan
perasaan Ruhaiza dengan penuh minat dan menasihatinya agar bersabar. Ruhaiza
amat kesal dengan sikap Cikgu Suhaimi yang menuduhnya tanpa usul periksa. Kisah
Syed Fariz yang mempunyai pengaruh juga telah disampaikannya. Kepada Cikgu
Syakinah, perbuatan Lily Suriani, tabiat Syed Fariz merokok, menghidu gam,
memeras ugut dan kegitan kumpulan mereka di pondok menunggu durian di Tanjung
juga dibongkarkan.
Bab
10
Syed Mustafa dan Anuariza duduk berbual-bual di
rumah Syed Mustafa. Sudah agak lama Syed Mustafa tidak pulang ke kampung kerana
urusan pekerjaan. Nek Siah meminta anaknya itu meluangkan sedikit masa untuk
mengetahui masalah anak-anaknya, namun Syed Mustafa terpaksa pulang juga ke
bandar keesokan harinya. Nek Siah marah dengan sikap anaknya itu yang lebih
mengutamakan kerja berbanding keluarganya. Perbualan mereka lebih banyak
berkisarkan Syed Fariz yang agak nakal sejak dahulu lagi walaupun emaknya masih
hidup. Anuariza mencerita kisah hidupnya yang perit ketika rumah setinggan yang
didiami dijilat api. Ayahnya turut terkorban dalam tragedi itu. Kemudian,
dengan wang ihsan sebanyak RM500, emaknya membawa Anuariza dan adiknya ke
kampung. Dengan bantuan Tuk Syed dan Nek Siah, rumah yang serba daif didirikan
di hujung kampung. Dia digelar anak tarzan, anak dagang merempat, dan anak
hutan oleh orang-orang kampung. Emaknya juga dihina kerana menjadi janda
merempat. Namun begitu, emaknya tetap reda kerana mereka tidak pernah
mengganggu sesiapa. Cerita kesusahan itu rupa-rupanya langsung tidak memberi
kesan kepada Syed Mustafa. Dia tidak mahu anak-anaknya susah sedemikian, sebab
itulah dia bersusah payah mencari nafkah untuk anak-anaknya. Anuariza kecewa
kerana tujuan dia bercerita sedemikian ialah agar Syed Mustafa memberi
perhatian dan kasih sayang kepada anak-anaknya.
Bab
11
Syarifah Farisya dan Syed Fariz tertunggu-tunggu
kepulangan bapa mereka yang sudah sebulan tidak pulang. Syed Mustafa sering
memungkiri janji untuk pulang, namun sebulan berlalu dia masih sibuk dengan
urusannya. Anuariza amat kesal dengan sikapnya itu. Kenakalan Syed Fariz
semakin menjadi-jadi. Kegiatan peras ugutnya juga diketahui melalui Syarifah
Farisya. Paling membimbangkan, kumpulan jahat berkenaan sudah berani mencuri
barang di pasar raya dan meragut. Buktinya, Syarifah Farisya menemukan banyak
telefon bimbit di dalam bilik adiknya itu. Solehah juga berpesan kepada
Anuariza supaya menengokkan Syed Fariz yang keterlaluan itu. Baginya, mereka
tiada harta untuk membalas jasa keluarga Tuk Syed, melainkan dengan budi dan
jasa sahaja. Anuariza tidak merujuk kenakalan Syed Fariz kepada ayahnya kerana
bimbang anak itu akan dikasari. Anuariza juga mengetahui bahawa Syed Fariz
telah dipukul oleh ayahnya kerana pihak sekolah memanggil Syed Fariz yang
terlibat dalam penyalahgunaan ubat batuk. Syarifah Farisya juga menceritakan
kecurangan ayahnya yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain walaupun
ketika itu emaknya sedang sakit. Sewaktu menoreh getah dengan ibunya, Anuariza
menceritakan perihal keluarga Syed Fariz yang pincang itu. Solehah mengingatkan
bahawa pokok-pokok getah yang ditoreh itulah sumber rezeki mereka walaupun
ladang getah itu bukan hak mereka. Oleh itu, keluarga Tuk Syed perlu dibantu
dengan apa cara sekali pun. Anuariza berjanji akan menunaikan hasrat ibunya
itu. Dia terkenang akan perbualannya dengan Syed Mustafa tentang cita-cita dan
impiannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia juga teringatkan kecekalan
ayahnya membawanya ke bandar dengan berjalan kaki semata-mata untuk membeli
baju Superman.
Bab
12
Nek Siah telah dipanggil ke sekolah untuk berjumpa
dengan Cikgu Suhaimi dan Cikgu Borhan. Cikgu Borhan selaku guru kelas
menunjukkan buku kedatangan cucunya yang mencatatkan bahawa Syed Fariz sudah
lama tidak ke sekolah. Syarifah Farisya telah memaklumkan bahawa ayahnya berada
di Kuala Lumpur. Lantaran itulah Nek Siah dipanggil selaku penjaganya yang sah.
Dengan perasaan serba salah Cikgu Borhan terpaksa melaporkan hal cucunya itu
walaupun mengetahui kewibawaan Nek Siah, isteri bekas guru besar yang pernah
menerima gelaran tokoh guru. Cikgu Borhan juga melaporkan perbuatan Syed Fariz
yang ponteng sekolah dan melarikan diri melalui jalan belakang ketika guru
sedang mengajar. Nek Siah begitu sedih, hiba, malu dan kesal dengan peristiwa
itu. Dahulu, dia pernah dipuji kerana kecemerlangan Anuariza dalam pelajaran,
kini cucunya sendiri telah menconteng arang ke mukanya. Nek Siah berjanji akan
berikhtiar akan menasihati cucunya. Dadanya juga berombak marah kepada Syed
Mustafa yang gagal dalam mendidik anak. Seperti biasa, Solehah menghantar
sedikit juadah kepada Nek Siah. Nek Siah termenung memikirkan cucunya yang
bermasalah itu. Nek Siah melepaskan kepiluannya dengan sikap Syarifah Farisya
yang gemar merajuk dan Syed Fariz yang liar. Bagi Nek Siah, Syed Mustafa
sengaja menghantar bala kepadanya.
Bab
13
Anuariza ke rumah Nek Siah walaupun hari sudah
malam, tetapi sejak Syed Fariz ditangkap polis, dia turut berkongsi kesedihan
keluarga angkatnya itu. Nek Siah dan Syarifah Farisya menangis mengenangkan
Syed Fariz yang telah ditangkap polis. Nek Siah akan ke balai polis untuk
menjamin cucunya itu. Syarifah Farisya teringat akan adiknya yang berada di
dalam lokap. Azuera tidak berani bersuara, melainkan hanya mampu mengusap badan
sahabatnya itu. Anuariza memujuk Syarifah Farisya yang cuba membayangkan
keadaan buruk di lokap yang serba kesusahan. Syarifah Farisya tidak percaya
bahawa adiknya melakukan kesalahan yang berat. Anuariza memujuk lagi dengan
mengatakan bahawa Syed Fariz baru sahaja ditangkap kerana disyaki terlibat
dalam kes rogol. Tangkapan itu bertujuan untuk proses siasatan belum lagi
terbukti bersalah. Kelas tuisyen terpaksa dibatalkan. Ruhaiza yang menjadi
mangsa pula dikawal ketat oleh pihak hospital. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan
melawat melainkan ibu bapanya sahaja. Nek Siah amat terharu mengenangkan
kebaikan Anuariza yang menjadi penenang kepada empat orang wanita yang
tertekan. Nek Siah menyuruh Anuariza menghubungi Syed Mustafa tetapi dia gagal
dihubungi. Nek Siah begitu marah akan sikap anaknya yang tidak mengenal siang
atau malam. Nek Siah terlepas cakap apabila mengatakan alangkah baik jika Syed
Mustafa berkahwin lain, Syarifah Farisya berjauh hati dan meluru naik ke
biliknya. Azuera pula diminta masuk menemai Syarifah Farisya di biliknya.
Bab
14
Khusairi dijemput oleh Anuariza untuk berbincang
tentang Ruhaiza di rumah Nek Siah. Dia cuba mengawal perasaan marahnya. Nek
Siah meminta maaf atas perbuatan cucunya terhadap Ruhaiza. Nek Siah amat
menyesali tindakan Syed Mustafa dalam mendidik anaknya sehingga menjadi liar.
Solehah turut bertanya khabar Liah isteri Khusairi yang sering menangis.
Khusairi turut memberitahu keadaan Ruhaiza yang sering meraung seperti orang
hilang akal. Ruhaiza yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi telah dipindahkan ke
wad biasa. Apabila Nek Siah menyatakan tentang takdir, Khusairi melenting dan
menyalahkan orang kaya seperti mereka yang mencipta takdir buruk kepada orang
lain. Baginya, simpati sahaja tidak akan mengembalikan maruah anaknya yang
telah hilang. Solehah menyuruh Khusairi bersabar dan berhenti melenting kerana
perbuatan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Nek Siah berjanji tidak akan
bersikap lepas tangan. Mungkin wang ringgit tidak akan mengembalikan maruah
Ruhaiza, tetapi dia menjanjikan keselesaan Ruhaiza dalam mendapatkan rawatan
terbaik. Nek Siah akan melawat Ruhaiza keesokan harinya dan memindahkan Ruhaiza
ke wad kelas pertama. Khusairi menolak dengan egonya dengan mengatakan bahawa
keluarga mereka bukan pengemis. Nek Siah terus memujuk Khusairi untuk membuang
egonya demi Ruhaiza. Solehah juga berjanji akan menjaga anak-anak Saliah di
rumah sementara Saliah menjaga Ruhaiza di hospital.
Bab15
Syed Mustafa sudah pulang dan dimaklumkan oleh
Anuriza di mana ia berada. Di balai polis lagi Syed Fariz ditempeleng sehingga
terpaksa disabarkan oleh pegawai polis. Syed Fariz terus dipukul bertubi-tubi
oleh bapanya sehingga dia tidak berdaya melawan. Nek Siah tergamam melihat
keganasan Syed Mustafa mengasari anaknya. Sharifah Farisya yang ingin membantu
turut dipukul oleh Syed Mustafa sehingga terperosok ke dinding. Syed Mustafa
yang masih tidak puas hati terus mengambil kerusi untuk membaling kepada syed
Fariz tetapi ditahan oleh Nek Siah. Anuariza dan Solehah tiba di rumah Nek Siah
untuk menenangkan kekalutan yang berlaku. Apabila keadaan mula reda Anuariza
terus mendapatkan Syed Fariz untuk merawat lukanya. Nek Siah menasihati Syed
Mustafa bahawa jika dibunuh sekali pun, tidak akan berubah apa-apa. Azuera yang
baru tiba disuruh oleh Nek Siah untuk melihat keadaan Syarifah Farisya yang
juga cedera. Syed Mustafa menyalahkan arwah isterinya yang terlalu memanjakan
anak-anak. Anuariza yang membantu merawat luka Syed Fariz menasihatinya agar
tidak berdendam kepada ayahnya. Menurut Anuariza, Syed Mustafa tetap sayang
kepada Syed Fariz sehingga sanggup menjaminnya keluar daripada lokap polis.
Anuariza mengingatkan Syed Fariz tentang pengorbanan ayahnya mencari rezeki
demi keselesaan anak-anak. Perbuatan jahat bukanlah cara untuk mendapatkan perhatian
ayah malah lebih memburukkan keadaan. Syed Fariz mula termakan nasihat
Anuariza. Keadaan di rumah tidaklah seteruk layanan yang diterima di dalam
lokap. Dia merasa pilu mengenangkan arwah ibunya. Anuariza turut menceritakan
kepayahannya dalam menuntut ilmu dan kecemerlangan mereka dua beradik dalam
pelajaran. Tuk Syedlah yang membantu mereka memasuki sekolah dan Nek Siahlah
yang menolong menjaga Azuera ketika Solehah menoreh getah. Dengan nada gurauan,
Anuariza bersedia membelasah Syed Mustafa kerana dia juga mahir dalam
persilatan.
Bab
16
Syed Mustafa sudah boleh berfikir dengan tenang atas
nasihat Nek Siah. Suasana hutan yang damai itu membolehkan Syed Mustafa
berfikir secara rasional. Syed Mustafa mengikut Anuariza menjerat burung
uak-uak. Semasa muda, Syed Mustafa menggunakan jala untuk menangkap burung
uak-uak. Tangkapan mereka berhasil pada hari itu. Anuariza menceritakan bahawa
dia sering menjual tangkapannya kepada Ah Chong yang membeli uak-uak dengan
harga yang mahal. Sementara itu, mereka berbincang tentang penyelesaian
terhadap masalah Syed Fariz. Anuariza memberikan pandangannya yang menyatakan
bahawa Syed Fariz berdendam dengan ayahnya kerana pulang lewat ketika ibunya
meninggal dunia. Syed Mustafa menceritakan sebab dia lewat pulang. Ketika tu
dia terperangkap di Jepun. Anuariza juga menceritakan bahawa Syed Fariz sudah
mengetahui hubungan sulit ayahnya dengan perempuan lain sedangkan ketika itu,
ibunya sedang sakit tenat. Syed Mustafa memuji kecekalan Anuariza dan
mencadangkan agar Anuariza menjual sahaja lukisan-lukisannya di Kuala Lumpur.
Anuariza memberitahu bahawa Solehah tidak mahu Anuariza menjadi pelukis kerana
sejarah ayahnya yang juga seorang pelukis. Solehah kesal bukan kerana Anuariza
menyusahkannya, tetapi kerana Anuariza hidup susah di bawah jagaannya. Anuariza
menyatakan bahawa Syed Fariz dan Syarifah Farisya begitu beruntung kerana hidup
senang lenang tidak sepertinya.
Bab
17
Syed Mustafa agak ragu-ragu untuk ke rumah Khusairi
kerana malu perbuatan Syed Fariz yang telah dituduh merogol Ruhaiza. Syed
Mustafa telah meminta maaf atas kesalahan anaknya. Syed Mustafa mahu membantu
apa-apa sahaja yang boleh selagi termampu. Dia mengaku bahawa semua itu
berpunca daripada kesilapannya yang gagal mendidik anak anak. Syed Mustafa merupakan
teman sepermainan ketika mereka kecil. Syed Mustafa memberi cadangan untuk
menghantar Ruhaiza ke asrama. Syed Fariz telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Pada mulanya, Khusyairi dan Saliah pada mulanya amat marah. Pihak doktor, juga
menambahkan kecelaruan di fikiran mereka. Kata doktor, Ruhaiza telah mendapat
tekanan mental dan psikologi. Setelah Ruhaiza sedikit pulih dan dua orang
pegawai polis datang mengambil keterangan.
Bab
18
Syed Mustafa mengikut Anuariza ke kebunnya yang
dipanggil Taman Fantasi. Dari luar, kawasan seluas lebih 10 kaki persegi yang
dipagari buluh-buluh terbelah. Di situ terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran
kampong dan pokok anggur dan buah pitaya. Syed Mustafa teruja apabila melihat
buah pitaya ataupun buah mata naga. Menurut Anuariza, pokok anggur itu jenis
Isabella dan berasal dari Amerika Syarikat. Dia dihadiahkan benih itu ketika
melawat MARDI. Geran tanah Allahyarham Syed Ubaidillah sudah dibaca pejabat
tanah. Anuariza mahu mengkomersialkan kebun anggur dan pokok naga menjadi
sebuah pusat pelancongan. Sebuah taman mini burung, tempat pemeliharaan
burung-burung hutan. Burung uak-uak, ayam kampung, ayam, burung puyuh boleh
dibeli dengan harga murah dan sebuah restoran masakan ala kampung yang
menyediakan ikan air tawar yang diternak di dalam kolam dan di boleh di pancing
sendiri. Galeri lukisan juga akan didirikan di sebelah taman fantasi dan boleh
dibeli jika suka.
Bab
19
Nek Siah berbincang dengan Syed Mustafa tentang
impiannya untuk mencari pengganti Jumaimah. Syed Mustafa menyatakan bahawa dia
sudah serik kerana mengabaikan Jumaimh ketika hayatnya. Dia berpendapat wanita
muda banyak kemahuannya sehingga anak-anaknya berdendam. Dia ingin menebus
kesilapan yang lalu. Nek Siah cuba berkias dengan menyatakan bahawa perempuan
yang sebaya anaknya akan menyebabkannya lupa diri. Syed Mustafa sedar bahawa
dirinya sudah berusia dan bukan lagi bergelar pegawai tinggi kerajaan. Nek Siah
menyuruh Syed Mustafa mencari pengganti dalam kalangan orang kampung juga.
Tiba-tiba Solehah muncul dan memberi salam. Nek Siah segera mengalih perbualan
untuk mengelakkan hal itu diketahui Solehah. Solehah memberitahu bahawa dia
menghantar hidangan tengah hari termasuk burung Uak-Uak goreng pedas, ikan
tilapia masak lemak cili padi, pucuk ubi rebus, sambal petai udang kertas dan
pekasam .Syed Mustafa mendengar dengan begitu berselera.
Bab
20
Keluarga Syed Fariz berkunjung ke rumah Khusyairi
untuk melawat Ruhaiza. Ruhaiza sudah kembali ceria walaupun kelihatan kurus dan
pucat. Saliah memberitahu bahawa mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran. Nek
Siah mencadangkan agar mereka mengadakan kenduri itu bersama-sama. Syed Mustafa
terkenang zaman mudanya dahulu iaitu ketika dia, Khusyairi dan Tamrin
bersahabat. Mereka mengaji Al-Quran di rumah Lebai Mamat. Setelah tamat
persekolahan, Khusyairi menyertai Angkatan Tentera Darat keluarganya meminang
Saliah tanpa pengetahuannya. Dia mengetahui bahawa Syed Mustafa dan Saliah
Saling mencintai. Namun begitu, Khusairi tidak dapat berbuat apa-apa kerana
akan melemparkan aib kepada kedua-dua keluarga. Setelah kecewa, Syed Mustafa
tidak pulang beberapa tahun sehingga bertahun sehingga bertemu Jumimah. Syed
Mustafa bertanya kepada Ruhaiza sama ada dia mahu bertukar sekolah tetapi
Ruhaiza enggan. Ruhaiza terkenang kembali peristiwa dia diperdaya oleh Hazrul
Naim. Syed Fariz memperlakukan dirinya seperti binatang buas sambil disaksikan
oleh rakan-rakannya.
Bab
21
Hasrat memperisterikan Solehah telah disampaikan
melalui Nek Siah, namun Solehah menjadi bingung. Solehah menganggap isu
berkenaan sensitif dan memalukan. Dia langsung tidak terfikir untuk berkahwin
semula kerana perkahwinannya dengan Tamrin merupakan kenangan terindah dalam
kehidupannya. Dia bimbang perkahwinan itu akan mengganggu fikiran Azuera dan
Anuariza. Jika dia menolak pula, bermakna dia akan mencalarkan hati orang yang
banyak berjasa kepada keluarganya. Tanpa bantuan keluarga Syed Ubaidillah,
sudah tentu dia gagal menyekolahkan anaknya dengan sempurna. Sementara itu,
projek kebun sudahpun dimulakan oleh Anuariza dengan dibantu oleh Syed Mustafa.
Pisang, ubi kayu, keladi dan jagung akan ditanam sebaik sahaja tanah selesai
dibajak. Syed Mustafa turut merancang untuk membina kilang memproses kerepek
ubi di tanah peninggalan Syed Ubaidillah. Tanah penduduk kampung turut disewa
bagi penanaman ubi itu nanti. Anuariza menyedari perubahan wajah ibunya yang
semakin sugul seolah-olah menanggung masalah yang berat. Tingkah laku emaknya
juga dilihat semakin pelik. Anuariza meminta agar Solehah berterus terang
sahaja kerana dia sudah bersedia untuk mendengarnya.
Bab
22
Keputusan peperiksaan STPM sudah diumumkan. Anuariza
mengayuh basikal dengan laju kerana tidak sabar-sabar untuk memberitahu
kejayaannya itu kepada Solehah. Kejayaannya mendapat semua A itu akan
dihadiahkan kepada emak dan arwah ayahnya. Dia terkenang kembali bagaimana
getirnya dia dan Solehah mengumpulkan wang untuk membayar yuran STPM. Azuera
yang mendapat tawaran ke sekolah berasrama juga terpaksa menolak tawaran itu
bagi membolehkan dia mengambil STPM. Tiba-tiba rantai basikalnya putus. Solehah
pula gelisah menunggu kepulangan Anuariza yang agak lewat. Walaupun yakin
bahawa Anuariza akan mendapat keputusan cemerlang, namun dia risau sekiranya
Anuariza mendapat tawaran ke universiti, dia tidak akan mampu menyediakan
pembiayaannya. Semasa mengopek kelapa, Solehah termenung lagi dan memikirkan
sekiranya dia berkahwin dengan Syed Mustafa, mudahlah baginya untuk meminjam
wang bagi tujuan tersebut. Nek Siah yang baru turun dari kereta Syed Mustafa
melihat tindak tanduknya yang tidak keruan itu. Syed Mustafa menawarkan diri
untuk mencari Anuariza yang masih belum pulang-pulang itu. Ketika Nek Siah cuba
menyatakan sesuatu, Solehah nekad untuk menyerahkan segala-galanya kepada Nek
Siah. Dia juga bimbang Nek Siah akan menarik kembali lamarannya itu.
Rupa-rupanya Nek Siah ingin memperkatakan tentang geran tanah milik arwah bapa
mertuanya yang pernah digadaikan kepada Syed Ubaidillah sewaktu Solehah
bernikah. Geran itu kini diserahkan kembali kepadanya kerana Syed Mustafa tidak
berminat lagi menyimpannya. Solehah menyerahkan kembali kepada Nek Siah dan
akan menebus kembali apabila Anuariza bekerja kelak. Anuariza pulang
bersama-sama Syed Mustafa dengan membawa berita kejayaannya.
Bab
23
Syarifah Farisya kerap mengurungkan diri di dalam
bilik apabila mengetahui ayahnya akan berkahwin dengan Solehah. Dia mula
rindukan arwah ibunya. Tiba-tiba Syarifah Farisya benci kepada Solehah.
Impiannya untuk meluahkan perasannnya terhadap Anuariza sebelum dia memasuki
menara gading berkecai. Ketika Syed Fariz mengajaknya turun, Syarifah Farisya
menyatakan kebenciannya dengan keputusan tersebut. Anuariza dan Azuera pula
gembira dengan keputusan ibunya untuk berkahwin dengn Syed Mustafa. Persiapan
untuk mengadakan kenduri sedang dibuat. Anuariza juga sudah mendapat tawaran ke
UKM. Menurut Solehah, tidak perlulah diadakan kenduri besar-besaran.
Bab
24
Syed Mustafa terkejut apabila membaca nota daripada
Syarifah Farisya yang melarikan diri. Nek Siah juga mati akal dengan tindakan
Syarifah Farisya itu. Anuariza turut kesal dengan tindakan Syarifah Farisya.
Kehilangan tersebut turut dilaporkan kepada pihak polis. Solehah mencadangkan
agar perkahwinan itu dibatalkan kerana kemungkin itulah punca Syarifah Farisya
melarikan diri. Anuariza baru saja mengetahui sebab Syarifah Farisya melarikan
diri melalui nota rahsia yang terselit di dalam buku yang dipinjamnya. Rahsia
itu disimpan kemas-kemas tanpa pengetahuan sesiapa. Nek Siah cuba mengorek
rahsia kehilangan tersebut melalui Syed Fariz tetapi Syed Fariz berdiam diri
kerana dia bimbang rancangan perkahwinan itu akan gagal. Tiba-tiba telefon
berdering. Apabila Syed Mustafa menjawab, talian diputuskan. Telefon berdering
lagi dan Anuariza yang menjawab. Syarifah Farisya memang ingin bercakap
dengannya.
Bab
25
Syarifah Farisya nekad lari dari rumah dan menetap
di rumah sahabat ibunya iaitu Hajah Munirah. Syarifah Farisya memberi kenyataan
bahawa ayahnya akan berkahwin semula dengan Solehah, ibu Anuariza. Dia enggan
menerima hakikat tersebut kerana turut menyimpan perasaan terhadap Anuariza.
Syarifah Farisya mulai membenci Solehah kerana dianggap menjadi batu penghalang
kepada hubungan mereka. Haji Lokman mempelawa Srarifah Farisya tinggal terus
dengannya. Syarifah Farisya turut bercerita tentang Anuariza yang pandai
melukis dan amat taat kepada kehendak emaknya. Hajah Munirah kurang senang dan
mula berprasangka buruk. Syarifah Farisya memberitahu Hajah Munirah bahawa dia
tidak sukakan perkahwinan itu.
Bab
26
Anuariza berada di dalam bas. Perjalanannya itu
bertujuan untuk menjemput Syarifah Farisya kembali ke pangkuan keluarganya.
Anuariza terkenangkan nasibnya yang dibebani masalah keluarga angkatnya. Dia
terbayangkan wajah manis Syarifah Farisya. Walaupun dia menyukai Syarifah
Farisya, namun dia terpaksa melupakan perasaan itu demi impiannya ingin
mengejar segulung ijazah. Dia teringat kembali perbualan telefonnya dengan
Syarifah Farisya. Anuariza cuba memujuk Syarifah Farisya untuk kembali ke
kampung dan berjanji akan menjemputnya seorang diri. Anuariza bertegas dengan
keputusannya menolak perasaan cinta yang boleh melekakan kerana perjalannnya
masih jauh. Dia meletakkan keperluan ibu dan adiknya di tempat yang tinggi
berbanding dirinya sendiri. Sebelum berangkat, dia telah berjanji kepada
Solehah bahawa dia akan membawa pulang Syarifah Farisya. Apabila sampai di
Hentian Puduraya, bas terakhir ke Perak sudah berlepas. Anuariza terpaksa
mengikut Syarifah Farisya bermalam di rumah Haji Lokman walaupun berasa amat
segan.
Bab
27
Di Kuala Lumpur, Anuariza dibawa ke rumah Haji
Lokman. Syarifah Farisya memperkenalkan Anuariza kepada Haji Lokman dan Hajah
Munirah. Mereka terkejut apabila melihat kekurangan Anuariza yang tidak berjari
lengkap. Haji Lokman tidak menyangka anak muda itu berbakat besar yang
diceritakan oleh Syarifah Farisya. Anuariza seorang pelukis yang berbakat
besar. Dia melukis kerana hobi dan minat yang mendalam terhadap bidang seni dan
untuk kepuasan diri. Haji Lokman menyuruh Anuariza melanjutkan pelajaran dalam
bidang yang berkaitan dengan seni lukisan. Haji Lokman juga pernah menceritakan
tentang minatnya terhadap melukis suatu ketika dahulu. Selain itu, Haji Lokman
menceritakan tentang anaknya Azrul Iskandar yang tidak minat belajar melukis.
tetapi menyukai muzik. Azrul Iskandar hanya menghabiskan masa untuk bermain
muzik ketika melanjutkan pelajarannya di luar negara. Anuariza mengajak Haji
Lokman dan Hajah Munirah untuk pulang ke kampung.
Bab
28
Kenduri kesyukuran dan doa selamat yang telah
berlangsung dengan lancarnya. Perkahwinan Solehah dan Sheikh Mustafa telah
merapatkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga Solehah dan Nek Siah.
Beberapa orang kampung bergotong royong dan membantu kenduri tersebut termasuk
Ah Chong, satu-satunya keluarga berbangsa Cina yang menetap di kampung itu.
Rakan sekolah Syed Fariz dan Ruhaiza sudah makin rapat dan mereka masing-masing
berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama. Akad nikah mereka
dilangsungkan dalam suasana yang sederhana di pejabat kadi daerah yang hanya
ditemani Nek Siah dan Anuariza. Perkahwinan itu bukan untuk bersuka ria, tetapi
lebih kepada tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak serta menjaga kebajikan
Syed Mustafa yang mahu membaiki perhubungannya dengan keluarga. Nek Siah
bersyukur kerana Syed Fariz telah terlepas daripada tuduhan merogol, Anuariza
akan memasuki UKM, dan Syarifah Farisya sudah tidak merajuk lagi dan bersedia
menerima Solehah. Solehah sudah terbaca nota yang ditulis oleh Syarifah Farisy
dan sentiasa menasihati anak-anaknya agar menjaga pergaulan dan tutur kata.
Ketika itu, sebuah kereta muncul di hadapan rumah mereka.
Bab
29
Kedatangan Hajah Munirah, Haji Lokman dan Azrul
Iskandar disambut mesra oleh keluarga Syed Mustafa terutama Syarifah Farisya
yang sudah lama mengenali mereka. Walaupun kenduri sudah tamat, Syarifah Farisya
sempat bergurau bahawa mereka akan mengadakan acara memotong kek. Anuariza pula
menguruskan pemulangan barang-barang yang dipinjam daripada masjid. Hajah
Munirah kagum akan perubahan sikap Syarifah Farisya yang mendadak itu. Azrul
Iskandar juga memuji Anuariza yang boleh mengubah pemikiran Syarifah Farisya.
Begitu juga dengan Syed Mustafa yang berkahwin dengan Solehah kerana ingin
merealisasikan impian Anuariza. Azuera turut diperkenalkan dengan Azrul
Iskandar. Dia terpegun melihat kesantunan Azuera yang tidak dimiliki oleh
kebanyakan gadis yang dikenalinya di bandar.
Bab
30
Syed Mustafa membawa semua tetamunya melawat ke
taman lanskap Anuariza yang dinamakan Taman Fantasi. Haji Lokman dan keluarga
turut serta melawat taman itu dengan penuh minat. Haji Lokman membelek pagar
rotan dan akar yang mengelilingi taman itu dengan penuh minat. Anaknya pula
meminati pohon anggur dan buah naga. Anuariza tidak memerlukan belanja yang
besar untuk membeli baja tahi kambing kerana penduduk di kampungnya memelihara
kambing dan dia mendapatkan secara percuma. Haji Lokman berminat untuk menanam
anggur di dalam pasu di rumahnya nanti. Haji Lokman kagum akan perancangan
besar Syed Mustafa dan bersedia untuk melabur. Mereka bersedia bersatu demi
merealisasikan impian Anuariza untuk mewujudkan Taman Fantasi yang bakal
menjadi sebuah destinasi pelancongan terunggul.
No comments:
Post a Comment