Welcome to my blog, Thanks for your visit, Don't forget klik JOIN THIS SITE and LIKE my fans page, Kami butuh komentar anda!

Friday 17 May 2013

SINOPSIS NOVEL MELUNAS RINDU Tiap-tiap bab



NOVEL MELUNAS RINDU

Bab 1
Fuad balik ke rumah selepas mencari kayu api. Fuad disapa oleh Mak Mah. Fuad membersihkan diri dan solat Maghrib. Fuad pergi ke surau dan bertemu Pak Mail dan mengaji al-Quran dengannya. Fuad mendapat berita bahawa anak Borhan demam melalui Sahak. Selepas solat di surau, Fuad datang ke rumah Borhan untuk menjenguk anaknya yang demam itu iaitu Muhammad Alif. Fuad membawa Borhan sekeluarga ke klinik Ihsan di bandar Kuala Terengganu (KT) untuk menapatkan rawatan dengan menaiki kereta sewa milik Pak Omar. Sementera menunggu anak Borhan, Fuad sempat memeriksa baki wang simpanannya di mesin ATM yang berhampiran. Fuad sedikit terkejut apabila melihat baki wangnya yang berjumlah RM 200,000.00. Fuad yakin bahawa duit itu dimasukkan oleh bapanya. Fuad merancang untuk membuka perniagaan makanan dengan modalnya sendiri berjumlah RM 6,000.00. Fuad turut merancang untuk membeli sebuah kereta kerana banyak faedahnya untuk diri, keluarga, dan orang kampungnya.
Bab 2
Fuad baru membeli kereta Proton Iswara Aeroback berwarna merah. Fuad pergi bersantai ke Pantai Batu Buruk. Fuad terkenang kisah lalu. Mak Mah membenci Fuad kerana hal yang terjadi antara dia dengan Sofia. Orang-orang kampung turut marahkan Fuad gara-gara hal tersebut. Hubungan antara Fuad dengan Sofia masih menjadi misteri dan difahamkan hubungan antara mereka dikatakan adalah bersaudara. Pada pukul 6.55 petang, Fuad meninggalkan Pantai Batu Buruk dan sampai ke rumah pada pukul 7.20 malam. Fuad dan Pak Mali sama-sama ke surau. Semasa makan malam, Mak Mah memberitahu Fuad bahawa ada orang datang untuk bertemu dengannya. Fuad tidak memberikan apa-apa komen kerana dia pun tidak tahu siapa gerangan orang tersebut. Fuad memberitahu Pak Mail dan Mak Mah bahawa dia bercadang untuk membeli tanah milik Ag. Sojar. Pak Mail dan Mak Mah terkejut dengan hasrat Fuad untuk bercucuk tanam di atas tanah berkenaan.
Bab 3
Fuad telah membeli tanah Ag. Sojar dengan harga RM 10,000.00. Pak Mail dinamakan sebagai pemilik tanah. Fuad turut membelikan sebuah motosikal untuk Pak Mail. Mak Mah terkenangkan Sofia(anak angkatnya). Fuad melarikan Sofia daripada Mak Mah untuk diserahkan kepada keluarga sebenarnya dan akhirnya meninggal dunia. Perkara ini mewujudkan perasaan tidak senang Mak Mah kepada Fuad. Keesokkan harinya ketika Fuad, Pak Mail dan Mak Mah sibuk mengerjakan kebun jagung, mereka didatangi oleh Cikgu Abas. Tujuan kedatangan Cikgu Abas ialah menawarkan Fuad jawatan guru sandaran tidak terlatih bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia (SMSS). Murid di SMSS amat memerlukan bimbingan guru BI yang berdedikasi. Fuad pada mulanya menolak dengan memberikan alasan bahawa dia tidak pandai mengajar, walau bagaimanapun Cikgu Abas memberikan jaminan akan membantu Fuad. Cikgu Abas turut memberikan cadangan pilihan kepada Fuad sama ada ingin menjadi GSTT atau Guru Bimbingan. Fuad memutuskan bahawa dia akan berbincang terlebih dahulu dengan Pak Mail dan Mak Mah sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran daripada Cikgu Abas.
Bab 4
Fuad akhirnya bersetuju menerima tawaran mengajar di SMSS. Seawal pukul 7.15 pagi, Fuad sudah sampai di perkarangan sekolah. Fuad terus pergi berjumpa dengan Cikgu Abas di pejabat sekolah. Cikgu Abas memaklumkan Fuad bahawa Pengetua tiada di sekolah dan Fuad akan diperkenalkan kepada Pengetua kemudian. Fuad telah diberikan kepercayaan untuk mengajar kelas tingkatan 3 dan 5 yang merupakan kelas-kelas peperiksaan. Jadual waktu mengajar Fuad juga telah disediakan oleh Cikgu Abas. Fuad dibawa Cikgu Abas ke kantin sekolah untuk diperkenalkan kepada beberapa orang guru yang kebetulan berada di kantin. Selepas itu Fuad diperkenalkan kepada Cikgu Farhana iaitu ketua Panitia BI. Fuad (Pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti di US)dipertanggungjawabkan dengan 25 waktu mengajar iaitu kelas 5 Bestari, 5 Dedikasi, 5 Jujur , 3 Ikhlas, dan 3 Dedikasi. Selain itu, Fuad turut akan mengajar BI bagi sukatan 1119. Farhana meminta Fuad merujuknya jika berhadapan dengan apa-apa masalah P&P.
Bab 5
Fuad berjumpa dengan Farhana untuk memulangkan buku rujukan yang dipinjamnya.Fuad berhasrat untuk membeli buku berkenaan. Farhana meminta pertolongan Fuad tentang program peningkatan akademik murid. Fuad memberikan komen yang membina tentang pelaksanaan program yang telah dianjurkan di sekolah ini. Mendengar kritikan Fuad itu, Farhana berasa sedikit terasa hati. Fuad mencadangkan program yang digelar English Personal Guidance. Mereka akhirnya bersetuju dengan program yang dicadangkan oleh Fuad. Fuad membawa jagung hasil kebun milik Pak Mail untuk diagih-agihkan kepada rakan guru di sekolah termasuk Farhana. Fuad meminta Farhana mengambil jagung ketika waktu pulang nanti. Selepas mesyuarat kurikulum, Farhana menghampiri kereta Fuad untuk mengambil jagung yang dijanjikan oleh Fuad. Ketika sibuk mengagihkan jagung, kedengaran laungan azan Zohor berkumandang. Fuad menghormati laungan Azan terus mendiamkan diri sambil tangannya mengumpul jagung yang berselerak. Farhana yang memerhatikan gelagat itu sempat menilai perwatakan Fuad yang akhirnya membuatkan hatinya tersentuh.
Bab 6
Jadual waktu mengajar Fuad pada hari Rabu agak padat. Selepas mengajar, Fuad terus ke kantin untuk minum. Di sana dia terserempak dengan Cikgu Zamani. Fuad berbual-bual kosong dengan Cikgu Zamani yang terkenal sebagai seorang guru yang mempunyai ilmu agama yang agak tinggi. Cikgu Zamani mencadangkan Fuad agar berpindah berhampiran dengan sekolah. Fuad berkata bahawa dia akan mempertimbangkan cadangan Cikgu Zamani itu. Fuad kembali ke bilik guru dan mendapati di atas mejanya terdapat sekeping nota yang menyatakan ada orang ingin berjumpa dengannya. Fuad terus menuju ke pintu pagar utama sekolah dan mendapati orang yang ingin berjumpa dengannya ialah Chin. Kedatangan Chin bertujuan untuk memujuk Fuad agar berjumpa dengan bapanya iaitu Robert Lim. Chin turut memaklumkan bahawa perniagaan ayahnya kini berhadapan dengan masalah. Fuad memberitahu Chin bahawa dia belum bersedia untuk berhadapan dengan bapanya lagi. Fuad terkenang akan arwah ibunya dan menanam hasrat untuk mencari kubur ibunya itu.
Bab 7
Pada pukul 11.00 pagi Fuad menuju ke bandar Kuala Terengganu. Fuad ingin pergi ke Sungai Ruam untuk menjejaki kubur ibunya. Sebelum itu, Fuad singgah di bazar stesen bas untuk membeli buah tanggan antaranya empat pasang kain sutera untuk mamanya dan Mei Lin, sehelai kemeja lengan panjang warna kelabu bercorak kulit harimau untuk apaknya serta dua helai baju kelawar. Fuad terserempak dengan Farhana yang ingin balik ke Kuantan. Farhana kelihatan resah kerana tidak memperoleh tiket bas lagi. Fuad mempelawa Farhana untuk balik bersamanya menaiki keretanya. Pada mulanya Farhana menolak tetapi setelah didesak Fuad akhirnya dia bersetuju.Dalam perjalanan, Fuad dan Farhana saling bercerita tentang hal peribadi masing-masing untuk mengisi masa mereka. Farhana anak sulong kepada 4 orang adik beradik. Bapa Farhana sudah meninggal dunia. Mereka singgah di Dungun untuk makan dan solat. Farhana segan dan kagum dengan kesungguhan Fuad yang tidak mencuaikan kewajipan menunaikan solat tidak seperti dirinya. Fuad singgah di rumah Farhana dan sempat berkenalan dengan keluarganya. Selepas Asar Fuad meneruskan perjalanannya dan sebelum meninggalkan Farhana, Fuad sempat meninggalkan no. telefon bimbitnya sambil mengenitkan matanya kepada Farhana. Farhana tergamam dengan tindakan spontan Fuad itu.
Bab 8
Keluarga bapa saudara Fuad iaitu Peter Lim dan isterinya Swee Lan berada dalam kesempitan kerana Peter Lim sakit dan tidak boleh bekerja. Swee Lan rungsing memikirkan bayaran yuran STPM Ah Soh. Robert Lim ada menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarga adiknya itu. Mereka sekeluarga terperanjat dengan kehadiran Fuad. Peter Lim orang yang paling gembira dengan kehadiran Fuad. Peter Lim berselera makan pada hari itu sehingga dia mampu menghabiskan 10 sudu bubur nasi.Fuad yang maklum akan kesulitan keluarga pakciknya itu berjanji akan melunaskan bayaran yuran STPM Ah Soh dan Fuad juga akan membuka akaun GIRO untuk Mei Lin dan Ah Soh untuk memudahkan dia menyalurkan bantuan kewangan kelak. Fuad meminta jasa baik daripada pakcik dan makciknya agar memberitahu apa-apa sahaja maklumat tentang arwah ibunya. Sedang mereka berborak-borak, Farhana menghubunginya. Fuad berjanji akan menghubungi Farhana semula kerana dia ada hal yang perlu diuruskan. Peter Lim batuk-batuk lalu muntah. Fuad bergegas menghantar pakciknya itu ke klinik untuk dirawat. Setelah pulang semula ke rumah setelah Peter Lim dirawat, Fuad memberitahu tujuan dia datang adalah untuk mencari kubur arwah ibunya. Peter Lim mencadangkan Fuad pergi ke Lembah Klau dan mencari Pak Ngah Lias dan Ah Sok. Malam itu Fuad ke surau dan berkenalan dengan Pak Said yang sanggup menemaninya ke Lembah Klau pada esok hari. Pada malam itu sebelum Fuad tidur dia baru teringat bahawa dia terlupa menghubungi semula Farhana.Fuad membatalkan niatnya untuk menghubungi Farhana kerana hari sudah lewat malam.
Bab 9
Farhana gelisah kerana Fuad tidak menghubunginya. Keadaan Farhana yang gelisah itu dapat dihidu oleh ibunya. Farhana teringat akan waktu dia belajar di London. Semasa di sana, dia kerap mengalami kesempitan wang .Farhana merupakan pelajar program berkembar jurusan pendidikan selama 2 tahun di kota London. Selepas tamat pengajian, Farhana pulang untuk mengajar bahasa Inggeris dengan penuh semangat tetapi akhirnya semangat Farhana itu kian luntur. Walau bagaimanapun, kehadiran Fuad telah menaikkan semula semangatnya yang hampir hilang. Farhana tersentak dari lamunannya apabila ibunya menegurnya. Ibunya mengusik Farhana dengan mengatakan Farhana telah jatuh cinta dan menggangap bahawa lelaki itu ialah Fuad. Ibu Farhana turut mengingatkannya bahawa umurnya semakin (25 tahun) meningkat dan elok sudah berumahtangga. Ibu Farhana, iaitu Mariana terkenang akan arwah suaminya, Fakhruddin. Semasa saat kematiannya, Farhana tidak sempat berada di sisi ayahnya itu kerana dia berada di London. Untuk mengisi waktu yang terluang, Farhana mengambil keputusan untuk melawat rakannya iaitu Norhayati yang telah bertunang dengan salah seorang pemain bola sepak negeri Pahang.

Bab 10
Ditemani Pak Said, Fuad pergi ke Felda Lembah Klau untuk menjejaki kubur arwah ibunya. Setelah bertanya arah dengan penduduk di situ, mereka akhirnya berjaya sampai ke rumah Pak Ngah Lias. Pak Ngah Lias amat gembira kerana bertemu kembali dengan Abdul Halim(Fuad). Berdasarkan cerita daripada Pak Ngah, ibu Fuad tidak dikuburkan di Lembah Klau tetapi berkemungkinan di Kuala Lipis. Fuad juga dikatakan dilahirkan di sana. Mereka bertiga akhirnnya pergi ke Kampung Sedili untuk mengetahui cerita sebenar. Di Kampung Sedili, mereka berusaha menjejaki Mariah iaitu kakak angkat Mariana. Walau bagaimanapun, Mariah telah berpindah. Mengikut cerita orang kampung, mereka tidak pernah mengetahui adanya kubur milik Mariana.Setelah puas bertanya dengan orang kampung, Fuad dan Pak Said singgah di rumah Pak Samsudin iaitu bekas jiran Mariah. Pak Samsudin mendakwa dan percaya bahawa Mariana masih hidup kerana setahunya tiada kubur Mariah di Lembah Klau. Menurut Pak Samsudin lagi, ibunya itu terkena penyakit gila meroyan selepas melahirkan Fuad akibat tekanan perasaan kehilangan anaknya iaitu Fuad. Khabar gembira itu disampaikan kepada Peter Lim oleh Fuad. Fuad meminta Peter Lim menghubungi Robert Lim untuk mengetahui sama ada dia masih menyimpan gambar ibunya itu. Robert Lim meminta Fuad datang sendiri mengambil gambar dan sepasang cincin yang ditempah yang sebentuk lagi telah diberikan kepada isterinya iaitu Mariana. Peter Lim mencadangkan Fuad pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat ayahnya, Robert Lim(Roslan) dan menziarahi kubur Sofia. Lantas Fuad mengimbau kembali kenangan dia bersama Sofia.
Bab 11
Cikgu Abas berasa sangat geram dengan perangai dan sikap cikgu Zamani yang suka ponteng kelas lanjutan malah kelas biasa juga. Dalam pertimbangan cikgu Abas, cikgu Zamani cuba menunjukkan kuasa senioritinya dan hanya tahu duduk bersembang di kantin sahaja. Cikgu Zamani juga suka membantah setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah malah dia turut menghasut guru-guru lain mengikut perangainya. Cikgu Abas kesal dengan sikap cikgu Abas yang terkenal jika bercakap tentang kebaikan dan ketakwaan tetapi tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan baik. Semasa cikgu Abas menuju ke kantin dia ternampak kelibat cikgu Zamani di dalam bilik guru perempuan dan sedang bermesra dengan cikgu Nur Alia. Sekali lagi cikgu Abas kesal dengan sikap cikgu Zamani yang suka mengambil kesempatan walaupun dia sudah berumahtangga. Dalam mesyuarat guru, ckgu Abas tidak mampu menahan kemarahannya terhadap segelintir guru di sekolah itu. Tuan pengetua turut menyokong tindakan cikgu Abas dengan menegaskan guru-guru supaya komited terhadap tugas hakiki masing-masing. Tn.Hj Samad turut memberikan amaran kepada guru agar tidak mencipta khabar angin yang tidak betul kesahihannya di sekolah. Selesai mesyuarat tersebut, Fuad bingung sama ada dia antara cikgu yang dimaksdukan oleh cikgu Abas dalam mesyuarat tadi.
Bab 12
Fuad memberikan kad ucapan hari jadi berwarna merah jambukepada Farhana. Farhana amat gembira menerima kad tersebut. Fuad mengajak Farhana bersiar-siar petang nanti lantas diterima oleh Farhana. Petang itu mereka singgah makan di Restoren Terapung di Taman Syahbandar. Fuad memesan 20 keping keropok dan Farhana pula memesan 2 cawan aiskrim. Sambil makan, Fuad memuji dan mengakui bahawa Farhana memang cantik. Farhana cuba membandingkan dirinya dengan arwah Sofia. Fuad tidak selesa dengan tindakan Farhana itu lalu Farhana cepat-cepat meminta maaf daripada Fuad. Selepas keadaan kembali ceria, Fuad memberitahu Farhana bahawa dia hendak pergi ke rumah cikgu Zamani kerana ada kenduri. Fuad mengajak Farhana ke rumahnya dan Farhana menyetujuinya. Mak Salmah dan Pak Mail kelam-kabut menyambut kedatangan Farhana secara mengejut itu. Selepas solat Isyak, Fuad dan Farhana bertolak ke rumah cikgu Zamani. Farhana menolak pelawaan Fuad untuk sama-sama pergi ke rumah cikgu Zamani kerana dia kurang senang dengan sikap cikgu Zamani. Oleh itu, Fuad menghantar Farhana ke rumah sewanya. Sebelum Fuad beredar, Farhana memberitahunya bahawa cikgu Zamani bercadang menjodohkan dia dengan seseorang.
Bab 13
Fuad agak kelewatan sampai ke rumah cikgu Zamani. Cikgu Armin, cikgu Azli, dan cikgu Rosli telah lama sampai. Mereka mempelawa Fuad makan dan Fuad hanya mampu menghabiskan sepinggan nasi sahaja kerana dia sudah makan di rumah tadi. Fuad memberitahu cikgu Zamani bahawa dia telah membawa Farhana berjumpa dengan Mak Salmah dan Pak Mail. Cikgu Zamani kurang senang Fuad berkawan rapat dengan Farhana. Fuad terpaksa bersabar dengan tingkah cikgu Zamani kerana dia hanya tetamu di rumahnya. Fuad mengagak bahawa cikgu Zamani ini adalah salah seorang penyokong parti pembangkang kerana terdapat banyak surat khabar 'Medan Juang' yang diterbitkan oleh parti pembangkang di ruangan tetamu rumahnya. Cikgu Zamani mengajak Fuad menyertai 'jemaahnya' tetapi Fuad menolaknya dengan mengemukakan soalan-soalan yang memerangkap cikgu Zamani dan 'jemaahnya'. Sungguhpun kebanyakaan pendapat cikgu Zamani disokong dengan hujah yang kukuh, tetapi pada Fuad aspek pelaksanaan perkara yang dihujahkan oleh cikgu Zamani amat daif. Selain itu, Fuad turut tidak berkenan melihat sikap cikgu Zamani yang seakan-akan memperhamba isterinya dengan perkara yang tidak perlu seperti menjamu jemaah di rumahnya setiap hari.Fuad telah membuat kesimpulan awal bahawa cikgu Zamani dan jemaahnya ialah kumpulan ekstrim yang perlu dijauhi. Semasa perjalanan pulang dari rumah cikgu Zamani, fikiran Fuad tertumpu pada Farhana dan dia berazam akan selalu membawa gadis itu ke rumah Pak Mail dan Mak Salmah.
Bab 14
Robert Lim pulang dari pejabat dan berehat di ruang tamu rumahnya. Akibat tekanan masalah iaitu ditinggalkan isterinya, Susan dan masalaah Fuad, Robert Lim bertukar menjadi perengus. Pembantu rumahnya sudah bertukar empat kali gara-gara tidak tahan dengan perangainya itu. Keadaan ekonomi yang tidak menentu benar-benar memberikan masalah terhadap perniagaannya. Robert Lim benar-benar rungsing apabila terkenangkan hal ibu Fuad iaitu Mariana. Robert Lim menerima panggilan telefon daripada Chin yang mengajaknya keluar makan bersama di Bangsar. Robert Lim meminta bantuan Chin untuk ke Kuala Terengganu berjumpa dengan Fuad. Chin sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh Robert Lim yang ibu Fuad masih hidup. Tiga hari selepas perjumpaan itu, Robert Lim dan Chin bertolak ke Kuala Terengganu. Mereka terus pergi ke rumah Pak Mail walaupun mereka tiba sudah agak lewat malam. Pak Mail dan Mak Salmah terkejut besar dengan kunjungan Robert Lim dan Chin. Robert Lim kecewa kerana Fuad tiada di rumah kerana pergi menziarah emak kawannya(Farhana) yang sakit di Kuantan. Robert Lim, Pak Mail dan Chin bertolak ke Kuantan pada malam itu juga iaitu kira-kira jam 11 untuk mencari Fuad.
Bab 15
Fuad pulang ke rumah dengan perasaan resah memikirkan hal Farhana yang belakangan ini selalu bertengkar dengan cikgu Zamani. Pada hari ini Farhana menuduh cikgu Zamani bertubi-tubi dan cikgu Zamani membalas dengan kadar yang sama keras. Pentengkaran itu bermula apabila seorang murid kelas Farhana mencari guru yang tidak masuk ke kelas sewaktu program latih tubi yang dikenali sebagai 'Jawab Untuk Jaya'. Pada ketika itu Farhana terlihat cikgu Zamani berlenggang keluar dari kantin. Farhana tahu cikgu Zamani ada kelas di tingkatan 5 Cemerlang. Pertengkaran mula memuncak apabila Farhana dan cikgu Zamani mula berbalas serangan mulut. Dalam pentengkaran itu, Farhana ada mengungkit pasal cikgu Zamani menghasut guru lain iaitu cikgu Azli yang tidak bertugas dalam program unit beruniform pada hari Sabtu. Cikgu Zamani menempelak bahawa Farhana ialah perempuan yang tdak berbudi bahasa. Fuad akhirnya meleraikan pertengkaran itu dengan mengajak Farhana ke kantin untuk minum dan menenangkan dirinya. Di kantin Farhana menangis dan Fuad hanya membiarkan sahaja Farhana untuk menenangkan dirinya. Sehingga sampai ke rumah hati Fuad tidak tenang dan dia akhirnya pergi ke rumah Borhan untuk menenangkan fikirannya yang berkecamuk itu. Dalam perjalanan pulang dari rumah Borhan, Fuad singgah sebentar di kebun jagungnya sambil menghubungi Farhana . Menurut rakan serumah, Farhana terpaksa balik ke Kuantan kerana ibunya dimasukkan ke hospital akibat sakit lelah. Tanpa berlengah, Fuad pergi ke Kuantan untuk menziarahi ibu Farhana dan Farhana di sana.
Bab 16
Fuad tiba di HTAA sekitar jam 6 petang. Fuad agak terkejar-kejar kerana dalam perjalanan di memandu pada kelajuan 140 km/j . Sampai di hospital Fuad segera mencari Farhana dan akhirnya dia bertemu Farhana di kafeteria hospital. Farhana amat terharu dengan kedatangan Fuad menjenguk dia dan ibunya di hospital. Mereka segera ke wad untuk melihat keadaan terkini ibu Farhana. Mariana kelihatan letih kerana serangan lelah dan sedang tidur. Sebelum tidur, Farhana sempat menyuapkan ibunya bihun sup. Farhana meminta Fuad menjenguk adik-adiknya di rumah walaupun Fuad ada menyuarakan keinginannya menemani Farhana menjaga ibunya di hospital. Selepas solat Maghrib, Fuad sampai di rumah Farhana. Adik-beradik Farhana melayan Fuad dengan baik. Muhd Fikri dan Muhd. Fadli menyediakan minuman dan biskut kering untuk Fuad. Pada jam 10.55 malam Fuad meninggalkan adik-beradik Farhana untuk ke hospital. Adik-beradik Farhana berharap agar Fuad akan menjadi abang ipar mereka suatu hari kelak. Semasa menjaga ibu Farhana, Fuad ternampak kad rawatan dan Fuad amat terkejut besar apabila melihat nama ibu Farhana ialah MARIANA BINTI OSMAN. Fuad mengejut Farhana untuk bertanya asal usul dia dan ibunya. Farhana mendakwa bahawa ibunya ada menyimpan sebentuk cincin pemberian ayahnya. Pada ketika itu, Robert Lim sampai di hospital. Fuad lantas meminta apaknya mengesahkan kedudukan sebenar. Setelah Robert Lim melihat ibu Farhana, jelaslah bahawa ibu Farhana adalah bekas isterinya yang juga merupakan ibu kandung Fuad.
Bab 17
Fuad mengambil cuti 2 hari. Fuad dan Farhana bersetuju merahsiakan dahulu perkara sebenar daripada ibu mereka. Fuad merancang mengadakan kenduri kesyukuran di Danau Seberang. Pada hari Khamis, ibu mereka dibenarkan keluar hospital. Fuad menguruskan segala-galanya hingga membuatkan ibu Farhana mengharapkan agar anaknya dapat disatukan dengan Fuad. Sementara itu di sekolah, Fuad dan Farhana berjumpa dengan cikgu Abas untuk memaklumkan bahawa dia dan Farhana adalah adik-beradik tiri seibu berlainan bapa. Cikgu Abas turut terkejut dengan berita itu yang pada mulanya dia menyangka bahawa Fuad dan Farhana sudah berkahwin. Aznah iaitu pembantu am pejabat memaklumkan Fuad bahawa ada surat untuknya. Fuad sangat gembira kerana Bahagian Pendidikan Guru menerima permohonannya untuk kursus KPLI. Sementara itu, Farhana mendapat tahu bahawa cikgu Zamani telah bertukar ke negeri asalnya oleh cikgu Zalifah. Berita pertukaran cikgu Zamani disambut baik oleh Fuad yang risau jika Farhana akan bertengkar lagi jika cikgu Zamani masih bertugas di sekolah itu. Fuad memberitahu Farhana bahawa dia akan menyambungkan pelajarannya di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Farhana ternyata gembira dengan perkhabaran itu. Fuad turut mengingatkan Farhana bahawa mereka kini mempunyai keluarga yang besar dan mengharapkan Farhana dapat menerima keadaan berkenaan.
Bab 18
Mariana mengikuti kakak angkatnya Mariah ke Bentong Pahang iaitu ke kampung suami Mariah, Husin.Setelah Mariana pulih dari sakit gila meroyan, Mariana mendesak Mariah memberitahunya di mana anaknya itu. Mariah memberitahu bahawa anaknya dijaga oleh datuknya. Mariana kecewa kerana Roslan(Robert Lim) meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan. Mariana hanya sempat bersama anaknya itu selama 5 malam sahaja sebelum ananya itu dilarikan oleh oleh orang setelah tiga hari di bawah pengawasan datuknya itu (Seman@Osman). Mariana akhirnya berkahwin dengan Fakhruddin yang dikenalinya sewaktu Fakhruddin membuat tugasan rondaan di kawasan persekitaran rumah Husin. Setelah berkahwin dengan Fakhruddin, Mariana berpindah ke Pekan dan kemudian ke Kuantan setelah permohonan berpindah ke Termeeloh ditolak. Fakhruddin sempat membelikan Mariana sebuah rumah kos serdahana sebelum meninggal dunia akibat barah usus. Mariana dikurniakan 5 orang anak dan bahagia dengan kehidupan baru bersama suaminya. Tetapi dia tidak pernah sesekali pun melupakan Abdul Halim . Mariana cuba mencari anaknya itu yang diyakininya diambil oleh Peter Lim. Mariana membuat laporan polis tetapi malangnya rusuhan 15 Mei 1969 menghalang siasatan dilakukan kerana kes ini melibatkan sentimen perkauman antara Melayu dan Cina. Abdul Halim telah menjadi mangsa keadaan tetapi Mariana tetap berdoa agar dia disuakan kembali dengan anaknya itu sustu hari nanti.
Bab 19
Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Mail pergi umrah ke Makkah selama 10 hari. Selepas selesai umrah nanti, Fuad ada masa lebih kurang lima hari untuk bersiap mengikuti KPLI selama setahun di MPIK, KL. Fuad berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya yang lain. Fuad turut meminta Farhana menyiapkan beg pakaiannya nanti untuk ke maktab. Mariana berasa sedih untuk meninggalkan anak-anak lelakinya yang masih kecil buat jangka masa yang agak lama. Robert Lim turut datang ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Robert Lim masih berasa bersalah apabila dia berhadapan dengan Mariana. Robert Lim akhirnya memeluk Fuad dan berpesan kepadanya agar menjaga ibunya baik-baik di Makkah nanti. Akhir sekali, Robert Lim turut menyuarakan hasratnya untuk mengerjakan umrah nanti.

No comments:

Post a Comment