Welcome to my blog, Thanks for your visit, Don't forget klik JOIN THIS SITE and LIKE my fans page, Kami butuh komentar anda!

Friday 24 May 2013

SINOPSIS BAB NOVEL MERENANG GELORA


Bab 1 – Tugas Baharu
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawassekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita inginmenjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakalaShahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantikmenjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknyauntuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.

Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soalprinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain.Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin.Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumahlebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi keperpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrulyang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agakterkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagaianak buahnya dari Kedah.




Bab 3 – Main Api
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkantanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada CikguJailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun danSelva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kadprabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidakmemerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apakepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabiladirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira.Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia kepasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkanrasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnyadirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.

Bab 5 – Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual kadprabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yangbekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlakukehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu untukmenyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibatdengan aktiviti tidak bermoral.

Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar padaSabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi seringterpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnyaberkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggangmotosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadiratidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul.Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapatmelarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadiraditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawaNadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan merekayang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.

Bab 7 – Secantik Sinar
Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya.Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain.Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dandisoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggiluntuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan badri diperpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakanhasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan denganShahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.



Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayahMeng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polisdan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atasperbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badriberjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul keranaNadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Meimengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesakerana malu.

Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untukterus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agakrisau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrulmenyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

Bab 10 – Semarak Api
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masihlagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul seringmenganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil olehCikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedangmakan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan merekadahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira.Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapidibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan memintadipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebuttelah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut olehShahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasanhutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsiadaripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.

Bab 11 – Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpamenyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu AhMeng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telahmemainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihatMeng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruhberjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong laluMeng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnyadengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolahiaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dandikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badrimeminta Taufik memerhatikan Meng Kong.

Bab 12 – Suasana Baharu
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahanTaufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanyasebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikutmasa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerjarumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kongyang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengandatuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya,tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datangmeleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Merekadirotan atas kesalahan tersebut.

Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrulyang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati kepada emaknya. Nadiramenelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihatpementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badridengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelahpulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badrimenelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokanharinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpadapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badrimenemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahanShahrul supaya Meng Kong dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul keranatakut dikasari oleh Sahrul.

Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkandia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumarmasih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil danMeng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumarmengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakansahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan beritadi akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang matiditembak kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibatdalam kes jenayah tersebut.

Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari jalanuntuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul,Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaituadik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecutmotosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantarShahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuashati. Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yangdiperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidakbersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.

Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badrikesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaancemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindariperasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badritelah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebutdi dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrultelah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnyasebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailanimendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diridaripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.

Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telahmengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhiarahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul danKumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaituketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditaburkepadanya.

Bab 19 – Cerita Baharu
Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengannasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Merekaberbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku keranaibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrulmemberitahu sikap Shahrul kepadanya.

Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hatiBadri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Meimenyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untukmengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemaniShahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh CikguJailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira.

Bab 21 – Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrulmenduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempangsebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakancita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal inidisokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPMdan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-samaberbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badriberkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM.Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiketuntuk balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.

Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkanpelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital BesarKuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufikmendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort diTerengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiranmemperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di KualaLumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelahmemperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharapberjaya merenang gelora yang akan mendatang.


No comments:

Post a Comment